Search This Blog

Friday, February 3, 2017

TERAPI QUN DALAM PEMBETULAN TULANG BELAKANG

Salah satu modul utama Terapi Qun ialah mengandungi terapi pembetulan tulang belakang merangkumi hubung kait dengan tulang scapula dan tulang pelvis. Rawatan pembetulan tulang belakang amat penting kerana ianya mengundang kepada 1001 jenis sakit yang boleh diceritakan. Terapi Qun menggunakan stimulasi senaman (termasuk pernafasan) dan juga urutan yang mengutamakan kekuatan otot untuk menyokong posisi tulang terutamanya otot scalene (untuk masalah cervical vertebra), rhomboids (untuk masalah thorax vertebra), psoas (untuk masalah lumbar vertebra) dan otot abdominal serta glutes (untuk masalah dibahagian sacrum dan coxis). Otot yang disenaraikan diatas adalah otot-otot utama dan otot-otot sokongan lain seperti Trapezius, Longissimus, Quadratus Lumborum, Piriformis dan sebagainya juga diambil kira bergantung kondisi masalah pesakit. Misalnya pesakit yang mengalami masalah slip disc boleh terjadi di pelbagai kedudukan vertebra yang berbeza. Jadi otot yang terlibat kemungkinan juga berbeza.
  • Terapi Qun bukan setakat membantu kes-kes `slip disc, juga meliputi kes-kes bentuk postur tubuh yang bermasalah seperti Scoliosis, Pelvic Up Slip, Flat Back, Sway Back, Thoracic Kyphosis. Lumbar Lordosis, Forward Head dan sebagainya. Untuk memperbetulkan postur, terapi Qun mengutamakan stimulasi otot-otot diatas untuk diperkuatkan dan mengukuhkan kedudukan tulang atau vertebra yang terlibat. Bagaimana metod Stimulasi Berbalik dipraktiskan? Urutan ataupun gerakan senaman hendaklah berkaitan dengan otot yang terlibat. Juruterapi perlu melakukan dua atau tiga tahap regangan dalam melakukan gerakan senaman. Setiap gerakan senaman yang berasa sakit, juruterapi hendaklah beralih kepada menumpukan posisi yang bertentangan yang tidak sakit. Metod ini terbukti berkesan bagi menangani kes-kes pembetulan tulang belakang.
  • Qun Hisham at 08: