Search This Blog

Thursday, October 1, 2015

Sakit Saraf Sciatica 1 (urat di antara pinggul dan paha)




1. Dah lapan bulan baru tahu ada masalah sakit saraf sciatica. Dah macam-macam ubat aku cuba. Boleh hilang sakit sekejap tapi lain kali buat hal lagi. 

Dulu aku paling takut dengan bersin, sebab masa bersin tu lah rasa sakit akan bertambah dan menjalar ke seluruh bahagian paha dan betis dan seterusnya ke pinggang. Sekarang ni, bersin dan resdung dah ok sikit sejak makan ubat resdung secara berterusan. 

1 atau 2 hari tak makan, memang pagi-pagi bersin tak berhentilah. Kena cari ubat selsema yang paling power plak. sambung kisah sciatica.









2.  Maksud Sciatica 
Secara umumnya sciatica adalah rasa sakit, lemah, lali, rasa tegang/cekang atau berdenyut denyut di bahagian belakang kaki, termasuk di belakang peha dan betis. 

Ia disebabkan oleh kecederaan atau saraf sciatica yang tertekan atau rosak. 

Saraf ini memanjang bermula dari korda spina (terbit dari tulang vertebra lumbar) turun hingga ke bahagian belakang betis. 

Saraf ini mengawal otot-otot di bahagian belakang lutut dan betis, dan kesan sakitnya dapat dirasai sehingga ke bahagian belakang peha, bawah betis sehingga ke tapak kaki.

Saraf Sciatic nerve adalah satu urat yang paling besar dan panjang dalam badan kita. Ia terletak di bahagian bawah tulang pinggul hingga ke bawah peha. Ia dilindungi oleh otot yang menggerakkan tulang peha.

Fungsinya - membolehkan pinggul, peha dan kaki bergerak seiring dan boleh dilentur



3. Sebab Sakit Sciatica












4. Senaman bagi melegakan kesakitan saraf sciatica
Stomach toning exercise
  1. Sila meniarap di atas kawasan rata dan pastikan kepala berada di sebelah kiri atau kanan dan tangan anda di bahagian tepi.
  2. Ketatkan otot perut yang mengelilingi pusat anda.
  3. Tahan selama 5 saat.
  4. Ulang 3 kali.
Gluteals toning exercise
  1. Meniarap di atas kawasan rata dan angkat satu kaki di belakang anda.
  2. Sila angkat lutut anda yang dibengkokkan sedikit dari lantai.
  3. Tahan selama 8 saat secara maksimum.
  4. Ulang 5 kali.
Deep stomach muscle toning exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Turunkan pinggang anda ke arah lantai dengan sedikit.
  3. Kemudian angkat pinggang anda ke atas.
  4. Sambil itu tarik bahagian bawah perut ke bahagian atas.
  5. Ulang 10 kali.
Back stabilizer exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Luruskan belakang anda masih dalam keadaan melutut.
  3. Ketatkan otot perut anda.
  4. Angkat dan luruskan tangan anda selama 10 saat.
  5. Ulang 10 kali bagi setiap tangan.









Video senaman Sciatica





 



 



5 . Ubat untuk Sciatica

1. Ubat anti-inflamasi
Ubat -ubat antiinflamasi non-steroid jadi  seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh melegakan kesakitan dan keradangan, Sedangkan gabapentin dan pregabalin lebih spesifik digunakan pada gangguan syaraf, hanya bisa diperoleh dengan resep dokter.

Ibuprofen tablets can be used to relieve other painful conditions such as headaches, migraine, toothache, nerve pain (neuralgia) and period pain. It is also useful for reducing fever and discomfort associated with colds and flu. Ibuprofen 200mg tablets contains the same active ingredient as Nurofen tablets.
Ibuprofen is used to treat the following symptoms:
  • Backache
  • Dental pain
  • Rheumatic pain
  • Neuralgia
  • Period pains
  • Muscular pain.
  • Migraine
  • Pain of non-serious arthritic conditions
  • Feverishness.
  • Headache
  • Symptoms of colds and influenza.

Naproxen belongs to a group of drugs called Non-Steroidal Anti-Inflammatories (NSAIDs), which are used to reduce the pain and inflammation of joints, muscles and tendons affected by Still’s Disease and similar conditions.  Quite often, they are the first choice of treatment from your GP, particularly if symptoms are mild.


  



2. Sciatica Drop



MODE OF ACTION OF MAIN INGREDIENTS:  
     
Aconitum: Colds caused by dry cold air. Fommications and pains in legs. Paraesthesias especially at night.
Arsenicum album: Burning pain especially at midnight. Ameliorated by warm applications.
Colocynthis: Violent pains that are aggravated by slightest movement, cold or even touch. Cramplike drawing pain along the sciatic nerve.
Gnaphalium polycephalum: Nerve root pain with formications. Ameliorated on sitting.
Magnesium phosphoricum: Nocturnal pain, ameliorated by warm applications and pressure.
  
     
DOSAGE  
     
- In acute cases give initially 8-10 drops in some water every ¼ to ½ hour. When improvement sets in reduce the dosage to 10-15 drops every 1-2 hours





3. Megalive -NJ- Flex








  • HY NJ-Flex®?
  • 1. Effective in treatment of Rheumatoid Arthritis & Osteoarthritis
    Type II collagen treated patients showed better improvement in the treatment of arthritis knee compared to a combination of glucosamine and chondroitin.
  • 2. Hyaluronic Acid is well absorbed orally
    Research has proven the efficacy of Hyaluronic Acid when administered orally.
  • 3. Anti-inflammatory effect last longer than some NSAID drugs
    The anti-inflammatory effect from natural Boswellin persist one month even after intake of NJ-Flex™ is stopped.



  • NJ-FLEX® IS IDEAL FOR:
    - Athletes
    - Overweight
    - Exercise regularly
    - Joint pain (especially knee pain, shoulder pain, pelvic pain and etc)
    - Diabetics suffer from joint and nerve pain
    - Back pain and strain
    - Sciatica refers to pain that begins in the hip and buttocks and continues all the way down the leg



  • 6. Urutan Sciatica



    '





    7. Penggunaan Pek Sejuk dan Panas



     

    75 comments:

    1. Terima kasih..info yg sgt berguna

      ReplyDelete
    2. Terima kasih..info yg sgt berguna

      ReplyDelete
    3. Saya ibu mengandung dan sedang menghadapi masalah sakit ni sejak awal kehamilan dan akhir kehamilan cuma pertengahan kehamilan agak tidak rasa...boleh ke saya consump ubat di atas?

      ReplyDelete
      Replies
      1. maaf, saya bukanlah pakar. Pendapat saya, jika boleh elakkan mengambil ubat tahan sakit. Cuba buat perkara berikut dulu

        1. Buat regangan 3 senaman mckenzie di atas.
        cuba tekankan sebelah kaki yang sakit.
        biasanya sakit di bahagian atas (pinggang, pinggul dan peha) akan berkurangan.

        2. Duduk. Lipat sebelah kaki yang tak sakit, kaki yang sakit belunjur ke depan. Cuba sentuh kaki antara 10-20 kali. Setakat ni, aktiviti ini yang paling berkesan untuk hilangkan sakit saraf ni


        3. Bila tidur, letak bantal dibawah lutut. Biarkan bahagian lutut lebih tinggi dan pinggang rata menyentuh lantai. Gunakan tilam yang nipis sahaja.

        4. Dari segi luaran pula, Panaflex adalah antara yang paling berkesan untuk kurangkan kesakitan kerana tahan lama.


        5. Urut tradisional pun boleh membantu memulihkan sakit ini. saya pernah hilang sakit 90% selepas berurut dengan bidan kampung. tapi sakit semula selepas main badminton.



        6. Antara supplement yang disyorkan adalah Omega3, celery, barley grass, kalsium dan magnesium (ada dijual di farmasi)

        7. Jika semua perkara di atas tidak membantu, puan perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengambil ubat yang bersesuaian.

        Delete
    4. Assalamualaikum En.azhar saya ingin bertanya saya sekarang dah seminggu sakit seperti ini.perlu ke saya jumpa doktor

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya cadangkan buat MRI di hospital swasta. Anggaran kos antara rm600-rm1000 tidak termasuk consultation doktor pakar dan ubat.

        Ada yang pulih dengan kaedah alternatif seperti urut, terapi tulang belakang atau senaman saja. Tapi tu semua bila kita dah pasti di mana sakit kita. Samada herniated disc (slip disc) bahagian lumbar atau sakit lain seperti piriformis syondrom atau sacroliac joint pain.

        Buat sementara ini
        1. Tidur berlapikkan tilam nipis sahaja. Letakkan bantal di bawah lutut.

        2. Makan je ubat tahan sakit kalau tak tahan. Banyakkan minum air untuk kurangkan kesan ubat tahan sakit kepada buah pinggang. Selain tu, saya suka tampal panaflex untuk kurangkan rasa sakit

        3. Bila sakit dah berkurangan, usahalah untuk buat aktiviti regangan seperti di atas atau senaman lain (boleh search di youtube)

        4. Lepas dah jumpa doktor pakar, barulah boleh usaha lain samada buat terapi tulang belakang, kiropratik, yumeiho, urut tradional (yang ada testimoni sahaja)


        5. Kalau nak senarai terapis terdekat, boleh hubungi saya

        Delete
      2. Thanks for posting one of my videos here. I created more, Please feel free to include my playlist for how I got rid of sciatica:

        https://www.youtube.com/playlist?list=PLc17mKpWAgV_goVWA8u4S7sCW7KC6iUt0

        Delete
    5. Assalammualaikum..saya da hampir sebulan mengalami sakit ini..di mana dari pinggul hingga kaki kanan amat sakit dan pedih..terasa seperti urat menjadi pendek kerana terlalu tegang..bila saya baring/bangun dari tidur,saya akan ambil masa 5 ke 10 minit untuk berdiri kerana terlalu sakit.Dan apabila nak berjalan,kadang2 sakit menangkap ke pinggang.Saya tidak boleh mengangkat bebanan langsung di bahagian tubuh sebelah kanan..dan jika tangan sebelah kiri memegang bebanan,kaki di kanan turut terasa sakit.Saya juga tidak dapat rukuk dengan sempurna kerana sakit menarik dari pinggang ke kaki.Saya ada beli ubat saraf di farmasi,tapi masih tiada perubahan.Saya juga ada berurut, malahan lebih sakit dan keadaan saya makin teruk.Dah beberapa orang yang urut,kata urat saya bengkak.Dan punca awal saya jadi begini,sebab berurut juga.mungkin makcik tu salah urut pada awalnya.Saya dinasihatkan untuk minum air halia bagi urat tu surut dari bengkak..tetapi juga tiada perubahan..Saya takut untuk ke hospital,tetapi sakit semakin teruk. Terasa pedih seperti dihiris2 dan berdenyut sangat apabila saya baring. Adakah sekiranya saya lakukan senaman seperti tuan tulis ini dapat membantu meredakan sakit saya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. 1. kesan senaman kepada setiap orang tak sama. ada yang boleh pulihkan sikit, ada yang bertambah sakit

        Macam saya dulu, tak suka buat piriformis stretch.
        Boleh rujuk sini
        http://sihat2013.blogspot.my/2015/10/sciaitica-dan-sindrom-piriformis-apa.html

        2. saya pun ingatkan saya kena piriformis syondrom dulu. lepas setengah tahun baru saya buat MRI dan disahkan ada herniated disc pada L2-L5

        3. cuba buat dulu senaman 3 posisi tu. masa saya sakit dulu, saya akan meniarap (posisi 1), luruskan kaki. kemudian tekan hujung kaki hingga rapat ke lantai. Kaki kiri saya yang sakit akan rasa lega dibahagian pinggang dan pinggul. Tapi bila kaki kanan yang tak sakit buat macam tu, akan rasa cramp.

        2. senaman 2. duduk bersila. gilir2 kiri dan kanan, usahakan kepala untuk sentuh lutut semampu yang boleh

        3. beli supplement barley grass atau celery di farmasi. ianya bukan untuk hilangkan sakit tapi merawat dari dalam

        Delete
      2. Mcm saya sakit di belakang pinggul selepas main bola. ianya akan lebih sakit bila press utk speeding dgn tahap yg lebih tnggi..adakah cara utk pulihkan..? Adakah cara lain utk baik dgn lebih cepat?

        Delete
      3. Kes tuan mungkin agak ringan jika dibandingkan dengan penderita slip disc.

        1. Kenalpasti dulu adakah sakit trrsebut berkaitan dengan tulang belakang atau tidak

        2. Urut badan pun boleh melegakan, tapi jarang tukang urut yang urut bahagian belakang pinggul. Cuba minta kawan2 letak tangan kat pinggul tuan dari tepi dan goyangkan saja tanpa urut/picit.

        3. Buat terapi sendiri. Ambil bola tenis atau apa saja yang sesuai. Duduk atas bola tenis di sebelah punggung dan rangsangkan bahagian yang selalu sakit. Boleh google youtube

        3. Cari terapis tulang belakang yang berdekatan. Sekarang ni dah ramai samada dari yumeiho, terapi yuzrn, terapi qun, terapi pak lang dan terapis pembetulan tulang belakang (ptb) yang lain.

        Delete
      4. Assalamualaikum tuan...mcm mana nak hubungi tuan via whatsapp ?bole x?trima kasih

        Delete
      5. sy cuma nk share 2hri sy skit nih cpt2 ngurut di taiping...dgn kuasa Allah swt mkcik bidan tu urut bgutahu urat saraf besar bngkak..sy lrgi xboleh bjln jejas aktiviti sy..jln sperti org bpantang sgt2 slow sbb trlalu skit ...lps ngurut dgn bidan sy syukur trus blh bjln hri tu jgk sy ke tsco jln2 hehehehe sy share lokasi bidan tu taiping perak ..rmh jalan ke matang taiping sblm MATANG ada stesen minyk BHP brhadapan BHP petrol ada lorong ke homestay ..rmh bidan yg pertama lorong tu sebelah kiri.sila tnya jiran disitu..sy lupa ambil fon number bidan tu..skadar share bnda baik tq...

        Delete
    6. Saya 100% sama sakit seperti tuan.adakah saya slip disc?apakah cara untuk menyelesaikan masalah saya ini.saya buntu

      ReplyDelete
    7. Sakit saraf sciatica memang akan rasa sakit macam tu. Asalnya dulu pun saya tak percaya saya ada slip disc sebab sakit on off. Saya rasa masa tu sakit sebab piriformis syndrom

      Saya berikan beberapa jenis rawatan alternatif

      1. Terapi slip disc QUN.
      Seluruh negara
      2. Terapi tulang belakang
      (Yumeiho atau berkaitan)
      seluruh negara
      3. Terapi alternatif lain
      -bekam, akupuntur dan lain-lain

      ReplyDelete
      Replies
      1. salam tuan azhan, apa kah beza sympotm sakit diantara:
        1. slip disc
        2. cedera urat belakang
        3. masalah tulang.
        Saya ni baru terkena sakit pinggang dibelakang akibat teknik angkat barang berat yang salah. Sakitnya bukan main, tunduk pun sakit, nak duduk pun sakit. Bangun dari tidur pun sakit. terasa sakit seperti rasa tegang dan tertarik bila saya nak bangun dari tidur.

        Delete
    8. Assalamualaikum. En Azhan, saya ada masalah slip disk sakit sgt 2 bulan lalu. Skrg rasa sakit dah hilang. Masalah sy skrg, kaki kanan saya rasa kebas terutamanya semasa duduk dan drive kereta. Boleh En Azhan bagi pendapat untuk hilangkan rasa kebas kaki saya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. 1. Jangan tinggal senaman/regangan setiap hari
        2. Boleh cuba urut refleksologi
        3. Biasakan jalan kaki 20-30
        minit
        4. Makan supplenet barley grass atau celwry/saderi

        Delete
      2. Bagaimana nak menghubungi tuan azham.. Ayah sy mengalami sakit ni dah lama.. Dah bermacam ubat dan dah ke klinik tapi mcm tu juga..

        Delete
    9. Saya nak tanya..... Anak saya sangat aktif dalam sukan.... Tiba2 hari ke 5 sekolah kakinya sakit.... Dan menyebabkan kaki kirinya senget sikit.... Menyebabkan sukar nak berlari.... Doktor cakap hyperlaxity..... Masih belum faham mengapa dan bagaimana nak merawat supaya dia dapat k3mbali aktif....

      ReplyDelete
      Replies
      1. masih sakit lagi ke. paling mudah nak rawat ialah hanya makan saja ubat yang doktor beri. kalau masih belum hilang, kena buat pemeriksaan semula dan tentukan bahagian mana yang bermasalah. Adakah ianya disebabkan oleh masalah otot, sendi atau tulang belakang. Boleh juga ikhtiar buat rawatan dengan tukang urut yang berpengalaman.


        cuba buat regangan ni
        https://www.youtube.com/watch?v=tzLrGcakR0g
        Exercises for Hyper-Flexibility Syndrome

        Delete
    10. Maaf saya mahu tya...
      Sy sakit sampi ssh nk berdiri malah bila berjalan tambah sakit...
      Puncanya sbb batuk terlalu kuat...
      Apa patot sy lakukan...?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sakit yang cik/puan nyatakan terlalu umum. Kena dapat kepastan adakah ianya berkaitan dengan tulang belakang atau tidak. Hanya ujian MRI yang mampu mengesan masalah berkaitan tulang belakang.

        Nasihat saya
        1. Jika dah jumpa doktor, ikuti nasihat doktor dulu dan tengok kesan adakah ubat yang diberikan boleh hilangkan atau kurangkan sakit. Tanya doktor apakah nama nama penyakit.

        2. Jika rajin boleh google berkenaan dengan trigger point. Di situ ada panduan untuk memicit sendiri point2 berdasarkan kawasan sakit.

        3. Saya suka nasihatkan supaya mendapatkan terapi bekam atau akupuntur sebagai alternatif rawatan.

        Delete
    11. Assalamualaikum saya puan sal.
      Saya dah lama sakit..hampir 20 tahun lebih.bermula dgn sakit belikat sebelah kanan tahun 1990an hingga lah skrg 2018, kiranya seluruh bahagian kanan saya semua nya sakit.
      3 tahun lepas, bermula lah saya tak boleh berjalan apabila pelipat kanan (dr kata lutut) saya spt "meletup" sakit dan tak boleh berjalan normal.

      Skrg ini saya sentiasa mwnggunakan tongkat dan boleh berjalan sikit2 saja.
      Tegang, berdenyut2 sepanjang betis sehingga membawa ke pinggang dan punggung rasa spt di luka berdenyut2, terus bawa ke belikat dan leher.

      Sudah hampir 1 tahun saya menjalani operation servical spondylosis di bah leher c5,c6,c7. C6 dibuang dan di gantikan dgn titanium.

      Saya sudah berjumpa pakar ortho dan atas nasihat dr, saya ambil injektion di kedua2 lutut saya,dimana dr tu pun mcm bingung dan tak tau kenapa saya masih tak boleh berjalan setelah mengambil injektion.

      Ketegangan di kaki kanan saya tu akan menyebab kan "meletup" di belakang lutut saya berulang2.

      Boleh tuan beri nasihat ttg masalah saya ini

      Tksh

      ReplyDelete
    12. Sedikit penambahan..saya buat operation
      Cervical spondylosisntu di hkl setalah buat mri leher dan pinggang..dan de mwndapati ada penekanan yg serius di leher dan juga l4 dan l5 saya. Penekananndi leher sgt serius, dan dr terpaksa melakukan operation di leher saya dulu. Dr kata sekiranyantidak di buat operation saya akan lumpuh.

      Sakit pinggang saya selalu juga terjadi apabila saya tidur malam...sehingga membuat kan saya akan kerap beralih mengubah tempat tidur saya. Kerap juga menukar tilam (saya ingatvtilam saya melengkung )

      Saya harap tuan membantu. Dan clearvdgn penjelasan saya ttg sakit yg saya alami.

      Sekali lagi tksh

      ReplyDelete
      Replies
      1. waalaikumusalam. Terima kasih kerana mengunjungi blog ni.

        1. Untuk pengetahuan puan dan pengunjung lain, saya bukanlah pakar dan pengamal bertauliah mengenai rawatan tulang belakang. Saya hanya ingin berkongsi mengenai hal kesihatan dan penyakit terutama berkaitan dengan diri saya sendiri.

        2. Saya pernah mengalami slip disc atau herniated disc atau PID mulai 2015 dan mula teruk pada awal 2016. Masa sakit teruk tu, saya mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga injection dan sebarang pain killer pun tak ada kesan.

        3. selepas 2 minggu sakit (MRI januari 2016), barulah ada kesan bila makan apa2 jenis pun pain killer samada voren, celebrex dan lain-lain. Saya hanya bergantung kepada painkiller saja selama 7-8 bulan untuk menghilangkan sakit. Alhamdulillah, saya antara yang bertuah kerana dapat pulih hampir 99% dalam masa tak sampai setahun selepas kemuncak sakit. Saya yakin ianya boleh pulih sendiri disebabkan "Regenerate Biomechanic- Restore form and function. Tak semua kes macam saya.

        4. Semasa saya sakit, saya sering menghadiri kursus bertujuan untuk merawat diri sendiri. Antara kursus berkenaan ialah kursus terapi qun, kursus bekam, kursus akupuntur, kursus terapi tulang belakang dan kursus rawatan patah dan retak(termasuk sakit lutut, bahu dan belikat. Yang bagusnya selepas kursus, kami dapat berkongsi masalah dan cara rawatan serta tips2 lain.

        3. Pengetahuan saya mengenai Spondylosis, Spondylolysis dan Spondylolisthesis dan cara rawatannya sangat sedikit berbanding dengan slip disc/ herniated disc. Jadi saya hanya bagi nasihat berdasarkan apa yang saya tahu dan belajar sahaja.


        4. Pertama, rawatan alternatif yang terbaik ialah dengan menggabungkan beberapa kaedah seperti pembetulan tulang belakang (seperti yumeiho dan lain2) dan akupuntur serta rukyah. Ada pusat rawatan yang dapat menyediakan semua rawatan tersebut dan ada yang kena berkolobarasi dengan terapis lain.

        5. Kedua, kes yang kronik seperti puan perlukan banyak kali sesi terapi dengan terapis atau pusat yang sama. Jangan mudah tukar rawatan hanya selepas 2-3 kali sesi. Saya cadangkan antara 10-20 kali sesi.


        nanti saya akan sambung lagi selepas saya dapat info dari rakan-rakan yang lain.

        Delete
      2. Tksh banyak2 en azhan atas pendapat yg diberi.

        Delete
      3. Boleh saya tahu macamana perkembangan sakit yang puan Salamah alami

        Delete
    13. Assalamualaikum..En Azhan blh sy tahu mcm mna nak hilangkan skit..sengal..kebas di bhgian tepi betis kaki kanan..peha..dn tepi pinggul..mslh y sy alami skit tu terasa bila sy drve dn duduk..asalnya dktor ckp punca dri batu karang y ad d buah pinggang sebelah kanan..tp sy dh dptkn rawatan scra batin..Alhamdulillah batu tu dh kluar..tp skit bhgian kaki tu msih blum hilang..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Boleh cuba
        1. Akuuntur
        2. Meniarap. Tekan hujung kaki sampai semua menyentuh lantai hingga rasa nak cramp. Google mackenzie strech position 1.
        3. Cari ubat atau supplement berkaitan saraf

        Harap dapat membantu

        Delete
      2. Sy pun alami sakit yang sama sekarang..bgaimana keadaan tuan dah ok ke.

        Delete
    14. Assalam en azhar, terima kasih berkongsi pengalaman slip disk. Sy pun baru buat mri di shah alam, dr dapati spondylosis l5 s1. Kesan dari gerakan tulang ini, sy mengalami footdrop di sebelah jari kelingking kaki kanan saya. Separuh dari tapak kaki tidak boleh diangkat sempurna, sy mengalami nya sedikit demi sedikit sejak 4 atau 5 tahun yang lalu. Sekarang tunggu temujanji doktor untuk lihat next step, sedihnya....

      ReplyDelete
      Replies
      1. Saya tumpang simpati.
        Harap bertabah.

        Spondylosis agak berlainan dengan slip disc atau herniated disc.

        https://goo.gl/images/HigR1y

        Dah jumpa doktor ke? Boleh kongsikan apa nasihat doktor?

        Pertama kita perlu terima hakikat. Kena redha dan positif.

        Kedua, Ketahuilah ramai lagi yang senasib dengan kita dan lebih ramai yang lebih teruk.
        Boleh search dan join fb sciatica and slip disc malaysia.

        3. Jangan putus asa. Jangan kecewa jika sesuatu rawatan tidak berapa berjaya. Ianya mengambil masa yang lama untuk pulih.

        Delete
      2. assalamualaikum tuan...mcm maana nak hubungi tuan?terima kasih...:)

        Delete
    15. Assalam...saya baru sahaja tergolong dlm kump ni ..masalh saya L5 dan S1...saya terjatuh terduduk bahagian sebelah punggung kanan..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumusalam. Semoga cepat sembuh.

        Delete
      2. Sama juga sy..L5-S1..juga sebelah kanan..hampir 2tahun dari feb2018 hingga kini ogos2019..mencuba urutan kiropraktik pd mei2018..ada perubahan hingga boleh berjalan normal..dlm masa sama rawatan fisioterapi di hospital selama 2bulan..tetapi pd awal jan2019 kembali rasa sakit semula slps 2kali jatuh terduduk..tambah parah slps 2kali memandu kereta perjalanan 8jam..dr jun2019 hingga kini masih tak dpt bdiri atau bjalan lama,hanya kerap merangkak utk kurangkan rasa sakit..skrg masih ikhtiar dgn cara urutan tradisional/kampung..minta mohon pendapat & juga saranan dr tuan2 sekiranya ada mana2 rawatan yg boleh mmbantu..terima kasih

        Delete
    16. Saya ada kawan yang mengalami simptom2 macam yang encik tulis tu. Kalau nak jumpa doktor pakar,pakar apa yee?

      ReplyDelete
    17. Suami saya setiap hari sakit kaki... Katanya cekang kat belakang kaki... Mkn ubt tahan sakit hanya sat ja baik pastu cekang kaki mai blik.. Apakah solution yg harus dilakukan

      ReplyDelete
      Replies
      1. as salam..puan boleh cuba buat senaman dan juga boleh amalkan makan kalsium..

        Delete
    18. Terima kasih atas maklumat. .. Baru kena ni main bola. Tqvm

      ReplyDelete
    19. maaf, jika ada soalan yang belum dijawah. Dah lama tak jenguk blog ni. semoga hermanfaat

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya juge sdg mengalami masalah sakit ngilu punggung kanan hingga kebas jari kaki...klau sakit sgt baru saya mkn ubat tahan sakit.. sedang dlm proses terapi caregem... harap2 dpt pulih selain slps solat saya buat senaman regangan utk scaticia... saya sejenis takut nkgi jumpe doktor...

        Delete
      2. masih peringkat awal lagi tu. InsyaAllah boleh pulih jika selalu jaga postur badan dan buat terapi selalu

        Delete
    20. punca apa tuan scatica ni. saya baru 2 3 ari ni ngidap. rasa ngilu sengal dan pedih bahagian pinggul kanan sampai ke blakang peha kanan ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. https://www.facebook.com/drnoordindarus/videos/329546377983431/UzpfSTEwMDAwMTEwMjg2MjExMDoxMjU5MDAwNzA3NjI4MjMx/

        Delete
      2. pengalaman saya saya letak kulit kayu manis yg diasah belakang pasu campur air sikit letak kat seluruh tempat yg sakit.. mula akan berasa pedih lama lama lega, saya juga minum air rebusan kulit kayu manis alhamdulillah lega.

        Delete
    21. Hello tuan sya haritu sakit pinggang 2 minggu xdpt bediri baring je nak batuk sakit sangat pinggang rasa mcm kena tarik urat. Skrg dah okey cuma kaki kiri sakit urat dbahagian blakang punggung hingga betis kalau berdiri lama kaki pandai kebas. Apa senaman yg baik? Umur sya 27 lelaki

      ReplyDelete
      Replies
      1. hai, maaf lambat reply

        Tak sama jenis senaman unruk setiap orang.
        Kena cuba semua senaman/streching yang ada kat youtube

        Gejala atau simptom tu memang tunjukkan ada masalah sciatica. Ia bukan senang nak pulih tanpa senaman yang konsisten

        Apa yang saya boleh cadang ialah buat sahaja apa senaman untuk strech bahagian kaki

        Delete
    22. Salam Encik Azhan, saya ada mengalami rasa sakit macam berdenyut-denyut, rasa mencucuk, kadangkala macam kena kejutan letrik pun ye juga di bahagian tepi kaki kiri. Sakit daripada bhgn tepi punggung ke lutut ataupun dari betis ke lutut. Tapi sakit ni datang sekejap shj, dalam 2,3 saat, paling lama 5 saat. Sudah beberapa bulan saya mengalaminya sejak saya memulakan senaman di gym.
      Untuk pengetahuan encik, saya dah jumpa doktor di klinik biasa dan mengatakan saya kena slipped disc. Saya hanya dibekalkan ubat ponstan shj. Tapi bila difikirkan, kesakitan saya ni hanya ambil masa di bawah 5 saat shj. Bukan sakit berpanjangan. Jadi tak berbaloi saya makan ubat tahan sakit tu. Saya nak tanya, adakah ini sebahagian daripada penyakit scatica juga? Mohon pencerahan Terima kasih.

      ReplyDelete
      Replies
      1. waalaikumussalam.

        pada pendapat saya, itu hanya tanda awal masalah tulang belakang (termasuk slip disc)

        Harap boleh junmpa doktor pakar jika sakit berpanjangan. Minta nasihat dulu dan buat beberapa ujian gerakan.

        masalah ni lebih mudah dirawat jika masih peringkat awal.

        Saya tak cadangkan terapi alternatif kerana musim PKP ni, tak digalakakan buat rawatan

        Selepas ni mungkin boleh dapatkan maklumat mengenai terapi Qun

        Delete
    23. Assalamualaikum En Azhan. Sy mengandung 32 minggu. Sakit belakang kaki sudah selama 1 minggu. Makin hari makin kerap sakit. Sakit dtg sekejap² dlm 2-3 saat. sudah seminggu sy sakit sy xboleh nk tidur secara baring sbb sakit akan dtg secara perlahan²... Adakah itu tanda penyakit scatica? Terima kasih.

      ReplyDelete
    24. Alhamdulillah....tqvm tuan krn share masalah dan cara penyelesaian... segala yang tuan kongsi akan menjadi pahala dan saham akhirat berterusan untuk tuan selagi ada yang menonton... saya mengalami sciatica ni dah hampir sebulan..saya dah jumpa pakar tulang.. x ray.. buat fisioterapi.. jumpa ahli yang boleh membuat urutan utk sciatica..InsyaAllah... semuga dipermudahkan oleh Allah setiap urusan.. Aamiinn..

      ReplyDelete
    25. tkasih atas info yg dberi..Moga Tuhan balas jasa kebaikan encik..tqvm

      ReplyDelete
    26. Saya baru lepas bersalin 37 hari.. Hari ke 7 berpantang, saya sakit seperti diatas btapi dari belakang peha sampai belakang lutut sahaja.. Nak bangun pun susah.. Kadang kena suami paut lengan baru boleh bangun.. Adakah sesuai saya ambil ubat ini?

      ReplyDelete
    27. sy membonceng n waktu turun motor sy hampir nak jatuh..agak x balance nk turun tu jadi kaki kiri lebih menahan dari nk jatuh...tapi terus rasa x bole angkat kaki tu..sakit sgt..terpaksa jengkitkan kaki utk jalan dan guna kaki kanan, dah pegi docktor kasi ubat tahan sakit dgn krim sapu je..kaki mmg ade problem yg kiri ni bila mencangkung klu lama2 dia seakan terlock or tersimpul jadi kaki mcm krem sgt di tepi pelipat/lutut nie..kena luruskan kaki slow2 dgr meletup baru ok..n bole jln lah spt biasa...bila jadi tragedi nk jatuh pada kaki ni..trus sakit dan xbole nk jln sgt spt kena bengkok..urat belakang pelipat tu rasa bengkak..dah seminggu ni rasa da surut msih tegang rasa kt betis or peha kdg2 cuma sy perasan bila salah position nk jln tu dia menolak lutut spontan jadi bole buatkan nk jatuh ..kaki pun sy x bole nk bebankan badan sgt..tapi da bole sket2...sy urut slow2 sndiri je sepanjang 5-6 hari nie....perlu ke sy jumpa pakar..or just jumpa pakar urutan? atau sy xray dlu confirmkan apa masalah sebenar? sy bekerja jdi terpaksa la slow2 jln n lebihkan kaki kanan...

      ReplyDelete
      Replies
      1. maaf, baru balas komen. macamana dah keadaan sekarang? harap semuanya dag pulih macam biasa

        Biasanya kalau dah lebih 2 minggu sakit, dinasihatkan jumpa pakar dan buat pemeriksaan lanjutan

        Delete
    28. Saya dah seminggu rasa sakit pinggang dan berdenyut-denyut kaki kiri. Kaki tu berdenyut sepanjang masa jika duduk. Kalau meniarap takde pulak. Sciatica ke ni? Apa supplement yg sesuai

      ReplyDelete
      Replies
      1. Doktor senditi pun susah nak jawab soalan ni. Biasa klinik bagi pain killer dan pil saraf je.

        cuba cari kapsul tulang angsa

        Delete
    29. Nice sharing. Cerita saya berkenaan sciatica di sini.

      https://abamjai.blogspot.com/2021/06/masalah-disk-l4-l5-s1-menyebabkan.html?m=1

      ReplyDelete
    30. Nice sharing. Cerita saya berkenaan sciatica di sini.

      https://abamjai.blogspot.com/2021/06/masalah-disk-l4-l5-s1-menyebabkan.html?m=1

      ReplyDelete
      Replies
      1. Lps bt operation skg cmne..sya msuk gel pn msih sakit lgi

        Delete
    31. Salam En Azhan,
      Saya ceritakan kronologi sakit saya :-
      1. Ada mengangkat barang berat dgn postur badan salah (tidak ergonomik)
      2. Mula rasa sakit pada bahagian belakang pinggang.
      3. Sakit belakang pinggang mula hilang tetapi sakit dibahagian kiri bawah perut sehingga mengganggu proses buang air kecil. Saya ingatkan batu karang tetapi selepas buat CT SCAN & pemeriksaan doktor msngatakan tiada batu karang.
      4. Sekarang rasa sakit dibahagian pinggul (hadapan dan belakang) sehingga ke lutut.
      5. Doktor sebelum ini mengesyorkan untuk berjumpa pakar orthopedik.

      Apa penyakit saya dan tindakan selanjutnya? Perlukah saya berjumpa pakar orthopedik?
      Terima kasih.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam

        Salah satu punca masalah ni ialah otot psoas tertarik atau tegang.

        Pemeriksaan oleh Doktor pakar amat perlu jika ada masalah melebihi 2 minggu.

        Saya rasa ianya bukan masalah sciatica dan slip disc. Tapi kalau alami sakit selepas duduk lama, mungkin juga lubatkan masalah tulang belakang.

        Apa yang saya boleh cadang ialah

        1. Cari video regangan di youtube berkenaan masalah ni

        2.Boleh cuba dapatkan rawatan urut dulu.

        3.Untuk atasi masalah kencing tu, cuba tekan point akupuntur CV2(google). Kena tekan Dan urut sampai hilang sakit

        Delete
    32. slm sejahtera...saya ade masalah jugak ni,time bangun pagi jer peha saya asyik cramp jer..., kadang 2 ...time saya duduk bersila ke ..baring ke...,nk bangun jer peha tarik... aduhai ..dh banyak kali saya Kene ni..Membe ckp ni urat tarik ...,btol ke guys

      ReplyDelete
      Replies
      1. Peha bahagian atas ke bahagian bawah/tepi.

        Ada masa ianya bole pulih sendiri sahaja.

        Kalau nak cepat, mungkin dr boleh inject nak lepaskan saraf yang tersepit.

        Cuba cari dulu video senaman batin di youtube. Salah satu senaman yang bagus untuk oeha atas ialah gerakan lentik badan ke belakang (senaman hatimau/kucing). Kena letak bantal dulu untik prtmulaan

        Delete
    33. Salam En. Azhan, saya start mengalami symptom sciatica di kaki kanan saya dari right hip ke lower leg (tiada sakit belakang) pada hujung bulan Feb 2021. Ianya membuatkan saya sukar untuk tidur dan terjaga di tengah malam akibat sakit lagi2 setelah saya bermain sukan seperti bola sepak dan futsal. Saya telah dirujuk kepada pakar orthopaedic dan telah membuat MRI & X-Ray. Alhamdulillah, tulang belakang saya okay tetapi saya mempunyai synovial cyst di sebelah kiri l4/l5 lumbar spine saya. Doktor pakar hanya sarankan saya makan Arcoxia (NSAID) sahaja. Saya tidak mahu rely ke ubat-ubatan dan saya telah merujuk ke physio & TCM Spine Specialist dan masih tiada perubahan. Setiap pagi saya akan membuat cobra post & light stretch untuk meregangkan sakit belakang saya. Sekarang saya dah boleh tidur dan sakit tu tetap ada seperti shooting pain di lower leg dan right hip/buttock saya. Persoalan saya, pada pendapat tuan, untuk hilang sakit sciatica saya ini, perlukah saya membuat pembedahan seperti minimally invasive surgery untuk buang cyst tersebut, continue lifestyle saya seperti biasa dan tunggu sakitnya hilang atau makan NSAID dan tunggu sakit hilang? Mohon bantuan tips Tuan Azhan.

      ReplyDelete
      Replies
      1. waalaikumussalam. Terlebih dahulu saya minta maaf kerana saya bukanlah pakar yang ada autoriti untuk beri nasihat. Saya cuma boleh berkongsi pengalaman sebagai seorang yang pernah ada masalah sciatica dan sedikit pengalaman dalam rawatan alternatif. Untuk legakan sciatica ada banyak kaedah terapi tapi untuk hilangkan cyst tu saya tak berani komen. Cuba dulu dapatkan nasihat dari pengamal akupunktur berdekatan untuk bantu rawat cyst tu

        Delete
      2. https://www.researchgate.net/publication/244890572_Synovial_Cyst_of_the_Lumbar_Spine_Treated_With_Electroacupuncture

        Delete
    34. Assalamualaikum...masalah saya ialah sakit otot peha sebelah dalam dan betis juga sakit kejang bila mau berjalan adakah ianya Sakit saraf sciatica?

      ReplyDelete