Search This Blog

Sunday, October 2, 2016

SAKIT SARAF KAKI

Rasa sakit serta tidak selesa yang paling biasa dialami kebanyakan orang sebenarnya berpunca daripada saraf yang tidak sihat.




Tinjauan yang dibuat di Lembah Klang pada tahun lalu mendapati seorang daripada dua orang yang berusia 21 tahun ke atas menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf. Separuh daripada responden ada berasa seakan dicucuk jarum di bahagian anggota badan mereka termasuk rasa kebas dan panas. Mereka tidak langsung menyangka mereka mungkin menderita apa yang dipanggil sebagai neuropati iaitu kerosakan saraf,




Gejala kerosakan saraf boleh melibatkan rasa berdenyut-denyut serta kebas kepada rasa sensitif yang melampau kepada sentuhan atau sakit yang mencucuk-cucuk serta sukar berasa panas atau sejuk atau hilang rasa sensasi. Menurut beliau, pesakit neouropati lazimnya mengadu rasa berdenyut-denyut, kebas, rasa sakit atau panas di kaki atau hujung jari. "Sekiranya anda tidak merawat masalah ini, ia mungkin menjadi lebih buruk. Ia akan naik ke kaki atau tangan.




Sesetengah pesakit mengalami kesakitan tanpa sebarang punca yang diketahui. Saraf menghantar isyarat palsu ke otak menunjukkan ada kesakitan tetapi secara realitinya tidak ada apa-apa yang menyebabkan punca kesakitan itu. Kesakitan ini akibat kerosakan kepada saraf dan kerap berlaku




Rawatan penyakit saraf ini bergantung kepada puncanya. Jika puncanya boleh dikenalpasti, bolehlah cuba menangani punca itu.  sekiranya punca utama tidak dapat dikesan atau dirawat, doktor perlu merawat gejala yang ada pada pesakit. 



Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang.



Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.


Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor.


Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.
  
Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar. 


Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis.



Simptom-simptom sakit saraf :
1) Rasa terbakar pada bahagian kaki
2) Rasa seperti terkena kejutan elektrik secara tiba-tiba pada bahagian tangan apabila terlanggar objek keras
3) Rasa sakit seperti dicucuk jarum pada bahagian pinggang
4) Kaki berasa kebas seperti digigit semut
5) Kaki terasa sakit kesan daripada kebas dan sejuk

Pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.


Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah.


Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.


Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.



SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/69060
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm 
http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/masalah-penyakit-saraf

No comments:

Post a Comment