Search This Blog

Saturday, October 7, 2017

CEREBRAL PALSY

Cerebral palsy (CP) adalah satu penyakit yang memberi kesan kepada otot, pergerakan, dan kemahiran motor. CP biasanya disebabkan oleh kerosakan otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran kanak-kanak itu , atau dalam tempoh 3 hingga 5 tahun pertama kehidupan kanak-kanak.





Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).

Istilah serebrum (Cerebral) merujuk kepada otak manakala palsi (Palsy)  pula bermaksud gangguan terhadap pergerakan ataupun poster. Orang yang mengalami CP bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak.



Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun selepas kelahiran, disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang seperti kecederaan ataupun kekurangan oksigen. Pendarahan di dalam otak ataupun jangkitan menyebabkan berlakunya CP . Ada kalanya kanak-kanak yang dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak ataupun trauma membawa kepada CP.


Terdapat dua masalah yang menyebab­kan kerosakan otak yang membawa kepada palsi serebrum iaitu:

·         Kegagalan otak untuk berkembang dengan baik.
·         Kerosakan saraf di dalam otak bayi yang sedang berkembang.

Tahap kerosakan otak biasanya bergantung pada jenis dan masa kecederaan itu berlaku. Bagi bayi pramatang ataupun dilahirkan tidak cukup bulan, pendarahan ke dalam otak boleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Lagi lama bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen, lebih besar peluangnya untuk mendapat kerosakan dalam tisu otak.


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2009), dalam Cerebral Palsy, Spastik merupakan jenis yang paling banyak bilangannya iaitu hampir 70% hingga 80%. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan juga mengalami beberapa masalah lain seperti masalah pergerakkan, masalah kendiri dan juga masalah pertuturan (Winnick, 2005)




PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY


0 hingga 10 bulan
Kanak-kanak  ini  pada  peringkat  awalnya  sukar  untuk  melakukan  pergerakan  biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

10 hingga 11 bulan
Mula  merangkak,  tetapi  tidak  mahu  berjalan  dan  mereka  biasanya  akan  berdiri  di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 hingga 3 tahun
Pada  usia  1  tahun  kanak-kanak  cerebral  palsy  ini  masih  belum  boleh  berjalan  kerana anggota     tubuh     lembik.  




UBAT UNTUK CEREBRAL PALSY
Dadah membantu mengawal kekejangan otot dan sawan.
  • Glikopirrolat – mengurangkan meleleh air liur;
  • Pamidronat – untuk merawat osteoporosis;
  • Dadah, yang boleh digunakan untuk merawat spasticity:
    • Botulinicheskiй toksin;
    • Baklofen;
    • Diazepam;
    • Tizanidin.


CEREBRAL PALSY DAN OKU
Cerebral Palsy adalah salah satu kategori OKU di bawah jenis kurang upaya fizikal



Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.


Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh   Jabatan  Kebajikan Masyarakat seperti berikut :
 
1)Kurang Upaya Pendengaran -
2) Kurang Upaya Penglihatan
3)Kurang Upaya Pertuturan
4) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di   mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot .

Contoh ketidakupayaan fizikal:
 (a)     Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
 (b)     Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
 (c)     Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
 (d)     Traumatic Brain Injury
 (e)     Kerdil (Achondroplasia) iaitu
 (f)      Cerebral Palsy

(v) Masalah Pembelajaran
Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).
 
(vi) Kurang Upaya Mental
Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder

(vii) Pelbagai  (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis  ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.