Refleksologi berasal dari perkataan Inggeris, 'reflex" bermaksud pantulan atau balikkan struktur badan manusia dan Logi berkaitan dengan sains. Refleksologi adalah merujuk kepada pemetaan zon-zon reflek seluruh organ melalui tapak kaki dan/atau tangan.
Refleksologi bukanlah sesuatu yang baru, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India. Kaedah ini mula dipraktikkan semula selepas diteroka kembali oleh Dr Willian Fitzgerald pada tahun 1913.
TITIK ATAU ZON REFLEKSI
Refleksologi adalah teknik yang melibatkan stimulasi tekanan keatas zon-zon refleks pada tapak kaki dimana zon-zon refleksi ini berhubungkait secara langsung dengan organ-organ penting dalam badan.
Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi . Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi.
Perubatan ini adalah berdasarkan kawasan zon dan reflek yang menyamai sebuah sistem badan melalui urutan pada kaki dan tangan, dan urutan yang dilakukan pada bahagian anggota badan berkenaan dapat memberi kesan kepada fizikal badan seseorang.
Maksud titik refleksi adalah titik pusat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan berkenaan.
KELEBIHAN REFLEKSOLOGI
1. Membuang Toksin
Toksin merupakan bahan buangan yang beracun
yang terkumpul dalam badan kita. Toksin bukan saja menghancurkan fungsi-fungsi
pencernaan kita secara normal, tetapi juga dapat mengikuti peredaran darah ke
bahagian-bahagian organ tubuh kita, lalu merosakkan system sirkulasi
(pembuluh-pembuluh darah), organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan
organ-organ pengeluaran (system gastrousus).
Sebenarnya, semua toksin yang tidak dapat dinyah
keluar daripada badan berkumpul pada kaki, jadi apabila urutan dibuat, toksin
akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.
Jika perjalanan darah tidak lancar, organ-organ
tubuh badan akan sukar mendapat zat makanan manakala bahan buangan yang patut
dikeluarkan akan terperangkap maka toksin itu mendap dalam saluran darah.
Keadaan ini akan menyebabkan fungsi bahagian badan anda akan terganggu kerana
tidak cukup darah dan zat makanan
2. Melancarkan Perjalanan Darah
Untuk
memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal, setiap bahagian organ
memerlukan darah kerana ianya yang akan membawa zat makanan yang diperlukan
oleh badan seperti vitamin, hormon, antibodi, oksigen serta membawa keluar
bahan buangan dan toksin dalam badan.
Lancarnya perjalanan darah maka makin
sihatlah tubuh badan kita. Jika salah satu organ badan bermasalah, maka ia
memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu proses penyembuhan.
Urut
refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran atau sumbatan pada saluran darah pergi (arteri) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ
tubuh yang memerlukannya.
Tanpa adanya
halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun
zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan
menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.
Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran
darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid
samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan
berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan
dapat dibuang dengan sempurna
No comments:
Post a Comment