Search This Blog

Saturday, November 26, 2016

MENGENALI ANTIBIOTIK 1 (AUROCEF 500MG)




Cefalexin(500 mg)

Uses

Aurocef 500mg capsule is used in the treatment of bacterial infections.

How it works

Aurocef 500mg capsule is an antibiotic. It kills the bacteria by attacking their cell wall. Specifically, it prevents the synthesis of a substance in the cell wall called peptidoglycan, which provides the cell wall with the strength required for survival of bacteria in human body. 
 
 
 Cefalexin is a semi synthetic cephalosporin antibiotic for oral administration.

Cefalexin is indicated in the treatment of the following infections: Respiratory tract infections; otitis media; skin and soft tissue infections; bone and joint infections; genito-urinary infections, including acute prostatitis and dental infections.

Cefalexin is active against the following organisms in vitro: β -haemolytic streptococci; staphylococci, including coagulase-positive, coagulase-negative and penicillinase-producing strains; Streptococcus pneumoniae; Escherichia coli; Proteus mirabilis; Klebsiella species, Haemophilus influenzae; Branhamella catarrhalis.

Most strains of enterococci (Streptococcus faecalis) and a few strains of staphylococci are resistant to cefalexin. Cefalexin is inactive against most strains of enterobacter, morganella morganii, pr. Vulgaris, Colstridium difficule, and the following species: legionella, campylobacter, pseudomonas or herellea species. When tested by in vitro methods, staphylococci exhibit cross-resistance between cefalexin and methicillin-type antibiotics.
 
 
 

Thursday, November 24, 2016

SUSAHNYA NAK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Sejarah
Dah hampir 4 tahun rasanya on-off makan ubat darah tinggi ni. Susah nak percaya diri ini mengidap penyakit ni kerana tiada simpton yang jelas seperti rasa stress,migrain dan sakit-sakit lain. Hanya sakit belakang kepala dan lenguh-lenguh tengkuk kadang-kadang.

Tajuk ini sepatutnya SUSAHNYA NAK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI tanpa makan pil darah tinggi dan selalu mendapatkan  nasihat doktor dari semasa ke semasa. Tapi takkan jadi panjangla. Masalahnya aku masih lagi mengharapkan bacaan tekanan darah yang normal tanpa mengambil ubat doktor.

Ya, aku berjaya mengekalkan bacaan tekanan darah yang normal (120/80)  selama 6 bulan tanpa pil darah tinggi. Tak tahu sebab yang sebenar tapi besar kemungkinan disebabkan penurunan berat badan dari 80kg ke 65-70kg sepanjang tempoh tersebut. Masa tu lidah ada masalah deria rasa dan tidak berselera untuk makan. Memang kena paksakan diri untuk makan. Masa tu makan nasi hanya 5-6 suap saja.

Selepas hari raya aidilfitri tahun ni, masalah deria rasa telah pulih dan berat pun naik balik kepada 75-80kg. Usaha aku untuk mengelakkan dari makan pil darah tinggi nampaknya gagal sedikit. Mulanya hanya naik sikit sahaja iaitu 120/90 tapi lama-lama ianya naik sehingga 160/110. 


Alhamdulillah, walaupun diuji dengan pelbagai penyakit seperti resdung, darah tinggi, kecing manis, slip disc, tapi masih lagi boleh bekerja. Hari ini dapat anugerah pekerja "sifar cuti". 



Percubaan yang gagal
  1. Gym
Mula pergi gym pada ogos 2016. Selepas itu ada promosi keahlian RM300 untuk untuk 8 bulan. Biasanya RM10 untuk sekali masuk walk in. Dah banyak dah untung tu.

Percubaan untuk mengurangkan berat badan tidak berjaya walaupun hampir setiap hari ke gym selama 2 bulan. Padahal habis basah kuyup baju dan seluar selepas 1 jam. Biasanya 30-40 minit berlari atas treadmill atau main basikal dan lagi 30 minit main besi ala amatur (bukan bertujuan nak bina muscle).

Takpela, sangka baik. Walaupun berat badan dan bacaan tekanan darah tidak turun, mungkin ada manfaat lain yang tidak diketahui.

  2. Supplement
Baru sebulan minum 1 jus untuk mengurangkan kolestrol tapi tidak nampak langsung kesannya. Takpela, mungkin ada manfaat lain yang kita tidak tahu,

3. Ramuan semulajadi
Boleh rujuk disini

Ada juga minum air lemon, rebus daun sup, daun saderi dan juga makan bawang putih tapi tak konsisten. Rasanya masa bacaan tekanan darah agak normal sebelum ni, agak konsisten juga minum air lemon.

Minggu lepas masa tekanan darah 160/110 cuba sekali lagi minum rebusan air sup tapi juga gagal turunkan bacaan. Ada lagi buah lemon dan daun saderi tu dalam peti, tak sempat sediakan lagi. Rasa daun saderi lagi sedap dari daun sup.


Kena makan Ubat juga ni
 1. Amlodipine
Amlodipine adalah ubat dalam kumpulan yang dikenali sebagai penghalang saluran kalsium (calcium channel blockers). Amlodipine merehatkan (melebarkan) saluran darah dan meningkatkan aliran darah.

Amlodipine digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi  atau sakit dada  dan keadaan lain yang disebabkan oleh penyakit jantung koronari.
 
Ingat lagi mulanya doktor hanya bagi pil 5mg saja tapi tak berkesan. Lepas tu dia tukar kepada 10mg selepas 6 bulan. Sejak itulah aku makan pil ini on-off. Kadang-kadang gi klinik, kadang-kadang beli farmasi atau pau dari mak ayah je.

Bacaan terakhir tadi 140/100, Pagi tadi makan pil last almodipine 10mg. Esok gi klinik lagi


Bacaan Tambahan: Jenis Ubat Darah Tinggi
Ubat-ubatan untuk darah tinggi dibahagikan kepada 8 kelas.

1.Alpha Blocker

Mempunyai fungsi untuk meluaskan saluran darah. Ini akan melemahkan rintangan dalam arteri yang seterusnya akan merendahkan tekanan darah.

Contoh ubat-ubatan : Doxazosin, Prazosin, Terasozin.

2. Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE Inhibitors)

Ubat ini akan menyekat kesan angiotensin (sejenis stimulan di dalam badan ) yang akan menyempitkan saluran darah terutamanya di bahagian ginjal dan juga seluruh badan. 

Ubat ini akan membantu badan untuk mengurangkan penghasilan angiotensin seterusnya saluran darah akan tidak menjadi sempit seterusnya merendahkan tekanan darah.

Contoh ubat di pasaran ialah Captopril, Ramipril, Enalapril, Lisinopril, Fosinopril.

3.Angtiotension Receptor Blockers (ARB)

Fungsi angiotensin akan disekat oleh ubat ini. Reseptor yang akan mengikat angiotensin supaya ia boleh berfungsi telah disekat. Angiotensin tidak dapat diikat, saluran darah tidak akan disempitkan dan kekal dibuka. Dengan itu, tekanan darah akan diturunkan.

Contoh ubat ialah Losartan, Valsartan, Candesartan, Telmisartan.

4.Beta Blockers

Ubat ini akan menurunkan kadar denyutan jantung, beban kerja jantung dan jumlah darah yang dipump dari jantung yang seterusnya akan menurunkan tekanan dara.

Contoh ubat: Metoprolol, Propanolol, Acebutolol, Atenolol, Bisoprolol dan Sotalol.

5. Calcium Channel Blockers

Ubat kelas ini akan mencegah kalsium untuk masuk ke dalam sel otot jantung dan arteri. Hal ini demikian kerana kemasukan kalsium akan mengakibatkan degupan jantung yang kuat.

Penyekatan kemasukan kalsium akan membantu sel otot berehat dan membuka salurannya seterusnya melambatkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Terdapat 3 jenis calcium channel blockers, mereka mempunyai fungsi yang sama tetapi bertindak dengan jalan yang berbeza.
   1.       Dihydropiridine
          a.       Amlodipine
          b.      Felodipine
          c.       Nicardipine
          d.      Nifedipine
          e.      Lacidipine


   2.       Verapamil
   3.       Diltiazem



6. Centrally Acting Drugs

Kumpulan ubat ini juga dikenali sebagai Peripheral Adrenergic Inhibitors. Ubat ini jarang digunakan kecuali kes ubat lain tidak berkesan dan untuk ibu mengandung. 
Ubat kelas ini akan mengurangkan tekanan darah dengan menyekat sesuatu bahan kimia di otak yang akan memberi isyarat kepada sel otot untuk menyempitkan saluran darah. Dengan sekatan itu, tekanan darah dapat dikurangkan.
 
 Contoh ubat: Methyldopa, Reserpine, Clonidine.

7. Direct Vasodilators

Kelas ubat  ini hanya digunakan untuk kes kecemasan darah tinggi sahaja.  Ubat ini akan secara langsungnya merehatkan otot di arteri supaya salurannya buka untuk memberi laluan darah mengalir dengan lancar seterusnya menurunkan tekanan.

Contoh ubat: Hydralizaine, Sodium nitroprusside, nitroglycerin

8. Diuretics

Ubat kelas ini akan membantu badan mengeluarkan natrium dan air yang terlebih daripada badan dan membantu mengawal tekanan darah. Ubat kelas ini selalunya akan digunakaan bergabung dengan terapi tambahan.