Search This Blog

Wednesday, June 1, 2016

GliCLAZIDE 80mg

  Mengapakah saya perlu mengambil ubat ini?
  1. Merawat penyakit kencing manis dengan memastikan paras gula dalam darah berada di bawah kawalan
  2. Merangsang penghasilan insulin dalam badan
  3. Menurunkan paras gula dalam darah yang tinggi selepas makan. 

Bagaimanakah cara saya mengambil ubat ini?
  1. Ambil Gliclazide seperti yang diarahkan oleh doktor anda. 
  2. Jangan mengambil dos yang lebih atau kurang daripada yang diarahkan oleh doktor anda.
  3. Jangan berhenti mengambil ubat ini melainkan jika diarahkan oleh doktor anda.
  4. Gliclazide mesti diambil 1/2 jam sebelum makan.
  5. Jika anda sedang mengambil Gliclazide jenis pembebasan-diubahsuai (modified-release, MR), telan keseluruhan pil. 
  6. Jangan memotong, menghancur atau mengunyah pil tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan apabila terlupa mengambil ubat ini?
  1. Ambil dos yang tertinggal/terlupa sebaik sahaja anda ingat. 
  2. Jika ia hampir kepada masa untuk dos seterusnya, abaikan dos tertinggal/terlupa dan ikut kepada jadual biasa pengambilan ubat ini.
  3. JANGAN menggandakan dos dalam apa jua keadaan.

Apakah yang perlu saya beri perhatian semasa mengambil ubat ini?
  1. Hipoglisemia - paras gula darah yang rendah (Simptom-simptom hipoglisemia termasuklah pening kepala, sakit kepala, tangan menggeletar, rasa kelaparan, lemah badan atau kekeliruan dan kesukaran bercakap)
  2. Anda perlu mengambil minuman atau makanan yang mengandungi gula (contohnya, jus buah-buahan, minuman ringan dan gula-gula) semasa anda mengalami tanda pertama hipoglisemia. Jika simptom-simptom tidak bertambah baik, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Bawa pil gula (juga dikenali sebagai pil dekstrosa) bersama anda pada setiap masa.

Apakah kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini?
  1. Ketidakselesaan perut seperti loya, muntah, senak dan cirit-birit - boleh dikurangkan dengan mengambil Gliclazide bersama-sama dengan makanan.
  2. Pening - jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti berat
  3. Peningkatan berat badan
*  Sentiasa beritahu doktor dan ahli farmasi anda jika anda mengambil mana-mana ubat-ubatan lain, termasuk ubat tradisional/herba dan makanan tambahan (suplemen).

Adakah terdapat sebarang sekatan terhadap jenis makanan yang saya boleh makan?
  1. Elakkan pengambilan alkohol.

Bagaimanakah cara saya menyimpan ubat ini?
  1. Simpan di tempat yang sejuk dan kering dan jauhkan daripada kanak-kanak. 
  2. Ubat-ubatan tidak boleh digunakan selepas ia melepasi tarikh luput.


 http://eimbas.weebly.com/gliclazide-80mg.html



senaraikan ubat kencing manis yg selalu diambil oleh patient
1. metformin 500 mg
2. glibenclamide 5 mg
3. glyclazide sr 30 mg
4. glyclazide 80 mg


kesimpulannye, dlm beberapa jurnal yg aku review, sumenye berpihak kepada gliclazide in terms of keberkesanan dan juga kesan sampingan...mungkin kajian2 ni akan mempengaruhi doc dan juga pharmacist dlm pemilihan drug..pape pon, mende yg plg penting ialah monitoring. sbb tiap2 orang akan respon dengan cr yg berlainan terhadap ubat yg diberi....okay, 2 je untuk kali ni...hehe..salam.


http://farmasi0910.blogspot.my/2010/08/glibenclamide-vs-gliclazide.html

1 comment:

  1. Your website is very beautiful or Articles. I love it thank you for sharing for everyone. Insomnia and your health

    ReplyDelete