Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan yang serius. Dalam kes sawan ini, pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh-badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.
Kanak-kanak jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.
Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:
HARUS BUAT:
1.Sentiasa tenang. Jangan panik.
2. Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu kanak-kanak tersebut.
3. Perhatikan anak anda
4.Perhatikan anak anda semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
5. Elakkan kecederaan
6. Jangan alihkan anak anda
7. Alihkan anak anda hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi
8. Jauhkan anak anda dari benda-benda merbahaya
9. Pusingkan anak anda ke kedudukan mengiring
Ini akan mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau muntah sendiri
10. Berikan sokongan dan jadilah ibubapa yang sensitif terhadap perasaan anak anda
11. Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni anak anda
JANGAN:
1.Jangan pegang anak anda dengan kuat.
2. Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
3. Jangan letakkan objek ke dalam mulut anak anda seperti sudu atau kunci.
4. Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
5. Jangan berikan makanan atau ubat melalui mulut.
6. Tunggu sehingga sawan berhenti dan anak anda sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.
7. Jangan lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
Anak anda tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.
8.Biarkan anak anda tidur selepas sawan.
PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.
Nota: Jika anak anda sawan berulang-ulang dan panjang, doktor anda mungkin akan mengajar anda menggunakan ubat Rectal Diazepam (dimasukkan melalui dubur) semasa sawan.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
: Dr. Terrance Thomas
: Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya
Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2018 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini
27 Jun 2018
No comments:
Post a Comment