PENGENALAN
Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan
hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.
Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.
Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besarHernia lazimnya berlaku pada pangkal paha dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).
Asal kata hernia berasal dari bahasa
Latin yaitu herniae, bermaksud menonjolnya isi suatu rongga melalui jaringan yang lemah pada dinding rongga. Dinding rongga yang lemah itu membentuk
suatu kantung dengan pintu yang berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di daerah
perut dengan isi yang keluar merupakn bahagian dari usus.
Kejadian bonjolan yang sekejap ada dan sekejap tiada itu dirujuk sebagai
‘angin pasang’. Sebenarnya terma ini adalah tidak tepat kerana bonjolan
itu bukan seketul angin, sebaliknya sebahagian daripada usus kecil atau
besar keluar dari abdomen dan terperangkap di luar abdomen.
JENIS-JENIS HERNIA
Berlaku di bahagian kelangkang. Sebanyak 70 peratus hernia dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Kedua-duanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan punca kejadian mereka.
Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara kedua-duanya amat penting ketika membuat diagnosa klinikal.
a) Angin pasang tidak langsung:
Hernia akibat bonjolan apabila kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testes (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. (Ketika peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan, ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar).
Jalan ini biasanya tertutup sebelum bayi lahir tetapi boleh menjadi tempat berlakunya hernia kemudian hari. Hernia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Kadangkala kantung hernia boleh membonjol sehingga dalam buah zakar.
b) Angin Pasang langsung:
Hernia ini berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum.
Tidak seperti hernia tidak langsung yang boleh berlaku di semua peringkat umur, hernia jenis ini cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah apabila usia meningkat.
2. Hernia femoral
Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan paha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran berkenaan.
Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah paha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible di mana ia tidak boleh ditolak masuk.
3. Hernia hirisan
Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam dua hingga 10 peratus pembedahan abdomen.
In TCM, building qi (the body’s vital energy) can help to overcome early hernias and other abdominal-inguinal support weaknesses. That is because disease is described as the blockage or deficiency of qi, so the energy of the body is an important part of a person’s makeup
No comments:
Post a Comment