Search This Blog

Thursday, June 28, 2018

Rawatan Kecemasan Ketika Sawan


Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan yang serius. Dalam kes sawan ini, pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh-badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.

Kanak-kanak jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.

Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:

HARUS BUAT:
1.Sentiasa tenang. Jangan panik.
2. Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu kanak-kanak tersebut.
3. Perhatikan anak anda
4.Perhatikan anak anda semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
5. Elakkan kecederaan
6. Jangan alihkan anak anda
7. Alihkan anak anda hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi
8. Jauhkan anak anda dari benda-benda merbahaya
9. Pusingkan anak anda ke kedudukan mengiring
Ini akan mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau muntah sendiri
10. Berikan sokongan dan jadilah ibubapa yang sensitif terhadap perasaan anak anda
11. Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni anak anda


JANGAN:
1.Jangan pegang anak anda dengan kuat.
2. Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
3. Jangan letakkan objek ke dalam mulut anak anda seperti sudu atau kunci.
4. Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
5. Jangan berikan makanan atau ubat melalui mulut.
6. Tunggu sehingga sawan berhenti dan anak anda sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.
7. Jangan lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
Anak anda tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.
8.Biarkan anak anda tidur selepas sawan.
PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.
Nota: Jika anak anda sawan berulang-ulang dan panjang, doktor anda mungkin akan mengajar anda menggunakan ubat Rectal Diazepam (dimasukkan melalui dubur) semasa sawan.


Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
: Dr. Terrance Thomas
: Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya

Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara ©2005-2018 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh Kemaskini
27 Jun 2018

PIRIFORMIS SYNDROM


How I cured my Piriformis Syndrome (Sciatica)





KOMEN

Saturday, June 2, 2018

MENGENALI DAN MERAWAT HERNIA (ULURAN ATAU ANGIN PASANG)





PENGENALAN

Hernia merupakan satu lubang atau kelemahan otot pada bahagian badan hingga mengakibatkan kandungan dalaman badan menonjol keluar.

Kecacatan otot di badan boleh terjadi sejak kelahiran, dikenali sebagai hernia kongenital manakala jenis acquired melibatkan kerosakan otot badan disebabkan oleh kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan berpunca daripada batuk berkali-kali, angkat berat, sembelit dan sukar membuang air kecil.

Bahagian badan menonjol keluar apabila seseorang itu mengemut atau berdiri. Kalau komplikasi terjadi, perut akan mengembung, sakit, muntah dan tidak boleh buang air besar
Hernia lazimnya berlaku pada pangkal paha dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Asal kata hernia berasal dari bahasa Latin yaitu herniae, bermaksud  menonjolnya isi suatu rongga melalui jaringan  yang lemah pada dinding rongga. Dinding rongga yang lemah itu membentuk suatu kantung dengan pintu yang berupa cincin. Gangguan ini sering terjadi di daerah perut dengan isi yang keluar merupakn  bahagian dari usus.

Kejadian bonjolan yang sekejap ada dan sekejap tiada itu dirujuk sebagai ‘angin pasang’. Sebenarnya terma ini adalah tidak tepat kerana bonjolan itu bukan seketul angin, sebaliknya sebahagian daripada usus kecil atau besar keluar dari abdomen dan terperangkap di luar abdomen.


JENIS-JENIS HERNIA 



1. Inguinal hernia:
Berlaku di bahagian kelangkang. Sebanyak 70 peratus hernia dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Hernia ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu langsung dan tidak langsung. Kedua-duanya dibezakan melalui sedikit perbezaan berdasarkan punca kejadian mereka.

Kedua-duanya boleh kelihatan serupa semasa membonjol di kawasan kelangkang. Membezakan antara kedua-duanya amat penting ketika membuat diagnosa klinikal.

 a) Angin pasang tidak langsung:
Hernia akibat bonjolan apabila kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testes (buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu. (Ketika peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan, ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar).

Jalan ini biasanya tertutup sebelum bayi lahir tetapi boleh menjadi tempat berlakunya hernia kemudian hari. Hernia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Kadangkala kantung hernia boleh membonjol sehingga dalam buah zakar.

 b) Angin Pasang langsung:
Hernia ini berlaku pada kawasan di mana dinding abdomen kurang tebal. Ia biasanya tidak menonjol ke dalam skrotum.

Tidak seperti hernia tidak langsung yang boleh berlaku di semua peringkat umur, hernia jenis ini cenderung berlaku kepada mereka yang berada di peringkat pertengahan umur dan orang tua disebabkan dinding abdomen menjadi semakin lemah apabila usia meningkat.

2.  Hernia femoral
Saluran femoral adalah jalan di mana salur darah arteri, vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan paha. Biasanya saluran ini ketat dan padat, tetapi kadangkala ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran berkenaan.

Hernia femoral menyebabkan bonjolan di bahagian bawah lipatan kelangkang, di kawasan tengah paha. Biasanya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat pasang surut/irreducible di mana ia tidak boleh ditolak masuk.


3. Hernia hirisan
Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris. Ia menyebabkan kawasan bekas hirisan menjadi lemah. Hernia boleh terjadi pada bahagian yang lemah ini. Ia berlaku dalam dua hingga 10 peratus pembedahan abdomen.






According to TCM the three main causes of inguinal hernia include: stagnation of qi—energy flow through the body—in the liver channel; coldness in the liver channel; or deficiency of the spleen.

In TCM, building qi (the body’s vital energy) can help to overcome early hernias and other abdominal-inguinal support weaknesses. That is because disease is described as the blockage or deficiency of qi, so the energy of the body is an important part of a person’s makeup