Search This Blog

Monday, September 11, 2017

MENGENALI SLIP DISC

Sakit Belakang Angkara “Slipped Disc”- Dr Ahmad Mahyuddin





Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.


Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.











Punca-punca Slipped disc
Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:
  1. Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
  2. Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
  3. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
  4. Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
  5. Sukan mengangkat berat
Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan. Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.


Sakit belakang yang menjalar
Individu yang mengalami slipped disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka.

Dalam kes yang teruk, mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.



Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).


Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.





Prolapsed disc boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:
  1. Disc protrusion – Disk menonjol keluar tapi belum terkoyak
  2. Disc extrusion – Annulus Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
  3. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang












Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.


Perlukah MRI dilakukan?
Imbasan Xray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit. MRI atau Magnetic Resonance Imaging akan dilakukan bagi memastikan diagnosis, sekiranya perlu. MRI juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah otot, kebas atau tidak dapat mengawal kencing dan air besar.


Rawatan
Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat. Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan disk beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.


Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.





Namun sekiranya slip disc ini agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.


Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier) di bilik bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.


Kemungkinan lain
Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:
  1. Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
  2. Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
  3. Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
  4. Kanser tulang
  5. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
  6. Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
  7. Tulang rapuh (Osteoporosis)
  8. Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  9. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)
Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.

Rujukan
  1. Overview of Orthopedics, Mark D. Miller, 5th edition, p478-481
  2. Postgraduate Orthopaedics, Paul A. Nanaszkiewicz, p265-268
  3. http://www.nhs.uk/Conditions/Slipped-disc/
Dr. Ahmad Mahyuddin seorang pakar bedah ortopedik di Pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman The Team.

No comments:

Post a Comment