Search This Blog

Monday, December 19, 2016

BEKAM/ HIJAMAH/ CUPPING KELUARKAN TOKSIN, ASID, KOLESTROL DAN ANGIN


 

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.








Toksin
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik


DETOKS: Bekam Keluarkan Darah Kotor/ Toksin
"Detoksifikasi, istilah yang digunakankan untuk proses pengeluaran darah kotor melalui rawatan bekam.  Melalui rawatan ini segala bahan toksin (bahan beracun) dan sel darah merah yang mati akan dikeluarkan  dari dalam tubuh badan. 

Semasa proses bekam, sel mati akan dikeluarkan bersama darah kotor melalui tusukan jarum halus pada kulit dan segera digantikan dengan sel antibodi yang baru.



Bekam Keluarkan Toksin, Asid Urik, Kolestrol dan Angin
Bekam darah dilakukan untuk keluarkan darah kotor dan angin dari badan yang mengandungi urik asid, lemak, kolesterol dan toksin.  Selalunya darah yang keluar adalah seperti:

Warna kehitaman - banyak asid urik dan toksin.
Pekat, bertali atau berlendir - banyak lemak dan kolesterol.
Berbuih atau cup bekam berwap - banyak angin

 
Meringankan Tubuh
Banyaknya kandungan darah kotor yang menumpuk di bawah permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan terasa malas dan berat. Jika dibekam, maka akan meringankan tubuhnya.






No comments:

Post a Comment