BLOOD TEST MEI 2015 DAN MEI 2016 |
2. Bulan 2, tahun ni 2016, mulut rasa kering. Minum air banyak pun masih lagi rasa tak sedap mulut dan tekak. Mulanya pergi farmasi, dinasihatkan makan tablet sakit tekak (VITAHERBS) dan pakai lip balm. Takde kurang langsung masalah yang aku alami tu,
Tak lama lepas tu, datang lagi masalah lain. Mulut rasa kelat atau macam pahit2 sikit. Rasa macam busuk tapi tak busuk pun. Rasa ini menyebabkan deria rasa jadi kurang dan tidak dapat menikmati makanan seperti sebelumnya. Akhirnya, badan rasa susut sikit sebab makan pun dah tak bertambah.
Rasa tak sedap mulut ni boleh diatasi lepas minum air sunquick atau air glukos perisa oren.
3. Lepas tu, pergi klinik pulak. Doktor cakap mungkin ada jangkitan kulat. Dia pun beri ubat jangkitan kulat dan suruh selalu berkumur dengan listerin.Pil tu makan seminggu sekali je. Dah 2 bulan makan, adala sikit2 bertambah deria rasa tu, Dahla boleh makan banyak sikit tapi masih tak sama seperti normal.
4. Awal bulan 4, tiba-tiba mata rasa silau, bengkak macam tak puas tidur. Terpaksa pakai cermin mata orang tua untuk baca.Mula-mula pergi farmasi nak cari supplement tapi tak jadi beli. Beli cermin mata RM10, Eyedrop dan Eyemore je. Tak lama lepas tu baru beli supplenmet BIo-Vizmax.
5. Sejak 2 bulan lalu (Mac 2016), aku perasan badan makin susut. Sampai kena tebuk lubang tali pinggang yang baru. Mula-mula cek berat 72-73kg dari kebiasannya 78-81kg).
Disebabkan masalah bajet, takut nak jumpa doktor untuk mengadu masalah yang di alami. Akhirnya pada hari cuti 1.5.2016 pergi juga ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihaatn atau blood test. Dah puasa dah ni tapi klinik tak terima ambil darah hari tu sebab lab tutup.
Asalnya dah nak balik tapi rasa macam nak jumpa doktor jugalah walau tak buat blood test. Cakap kat dia mata kurang nampak dan badan makin susut.
Perkataan pertama yang dia cakap ialah "You ada buat glucose test tak". Tak ada. Tapi tahun lepas normal lagi. Dia pun cek....tengok-tengok kadar bacaan gula 18. Tinggi ni dia cakap. Kena makan ubat. Jadi terpaksalah terima hakikat ini. Ada 2 ubat dia bagi. Mahal juga RM75.
6. Selepas tu beli pulak alat cek gula ni.
Keputusannya dalam 2 minggu adalah seperti di bawah,
No comments:
Post a Comment