Search This Blog

Saturday, May 28, 2016

MEMAHAMI KENCING MANIS, PANKREAS DAN INSULIN




Diabetes atau  kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan di dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan insulin untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang di hasilkan oleh organ yang bernama pankreas.




Pankreas merupakan kelenjar organ yang terletak di bahagian abdomen. Ia adalah sebahagian daripada sistem penghadaman dan menghasilkan enzim dan hormon yang penting dalam membantu menghadamkan makanan. Pankreas mempunyai fungsi endokrin kerana ia melepaskan jus secara terus ke dalam saluran darah dan ia juga mempunyai fungsi exocrine kerana ia melepaskan jus ke dalam duct.





Enzim atau jus penghadaman yang dihasilkan oleh pankreas dirembeskan ke dalam usus kecil untuk memecahkan makanan selepas ianya meninggalkan perut. Pankreas juga menghasilkan hormon yang dipanggil insulin dan merembeskan insulin ke dalam saluran darah sebagai usaha untuk mengawal kadar glukos atau gula di dalam badan.

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas kita. Insulin lah yang akan menukar glukosa kepada tenaga untuk kegunaan sel-sel badan kita. Glukosa diperolehi daripada karbohidrat dan gula yang kita makan. Dengan adanya insulin, kandungan glukosa di dalam darah dapat dikawal.

Bagi pesakit diabetes, badan mereka tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk menukar glukosa menjadi tenaga. Jadi, lagi banyak karbohidrat dan gula mereka makan, lagi tinggi kandungan glukosa di dalam darah.

Gula dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dengan bantuan hormon insulin. Jika jumlah insulin dalam tubuh tidak mencukupi, atau jika sel-sel tubuh tidak memberikan respons terhadap insulin, maka akan terjadilah penumpukan gula di dalam darah. dan perkara inilah yang sering terjadi kepada pesakit diabetis mellitus.


Acupressure Point Pancreas Point

 






1 comment: