Search This Blog

Tuesday, May 31, 2016

4 PRODUK HOT RAWAT KENCING MANIS




























1.Royal Sweetener Stevia (RSS)

Royal Sweetener Stevia (RSS) merupakan ekstrak cecair dari daun tumbuhan Stevia Rebaudiana. RSS merupakan produk keluaran Muslim, Bumiputera iaitu RCC Global Sdn. Bhd. yang bertapak di Johor, Malaysia. Kelikatan dan tahap tinggi manis Gula Stevia dari Royal Sweetener Stevia ialah dari 300x ke 400x ganda dari produk gula stevia yang lain. 

Apakah stevia?
Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. 

Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. 
Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. 




KEBAIKAN STEVIA SWEETNER

  Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
  Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
  Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
  Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetis)
  Membantu menurunkan tekanan darah (untuk pesakit darah tinggi)
  Membantu sistem penghadaman badan.
  Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
  Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)

CARA KEGUNAAN STEVIA ROYAL SWEETENER STEVIA

  • 1 Titis Royal Sweetener Stevia bersamaan dengan kemanisan 3 sudu teh gula pasir/gula putih
  • Pemanis Stevia ini boleh digunakan dalam semua jenis minuman dan masakan mengikut citarasa masing-masing. Stevia adalah sangat stabil pada suhu tinggi.
  • Pengguna stevia dinasihatkan menggantikan 100% penggunaan gula tebu biasa dengan Royal Sweetener Stevia untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Amalkan setiap hari sekurang-kurangnya 1 liter air masak atau air mineral atau boleh dibancuh bersama teh, kopi dan sebagainya
  • Titiskan gula stevia RCC ini mengikut citarasa anda.
  • 1 botol Royal Sweetener Stevia boleh mencapai 200-300 titis.  






















1.GOZOUT

APA ITU GOZOUT?


GOZOUT adalah pemakanan kesihatan di bawah jenama CYPREME yang dirumus berasaskan konsep alkali. Ia mengandungi flavonoid yang tinggi serta memberikan nutrien yang berkhasiat untuk kesihatan

GOZOUT diperbuat dari daun belalai gajah, daun misai kucing dan daun sireh cina. 

Ketiga-tiga bahan ini sangat diperlukanupaya dapat selesaikan 3 masalah utama pesakit kencing manis iaitu membaiki pankreas, menurunkan bacaan gula dan elak kencing manis dari datang kembali.


Dan dalam masa yang sama, membaiki fungsi tisu buah pinggang supaya lembali berfungsi normal

1 botol GOZOUT adalah lebih kurang 50ml .

GOZOUT sangat sedap (berperisa apple) dan mudah digunakan.











3.GC TEA (GLUCOS CUT)


GC Tea merupakan minuman kesihatan yang berasaskan teh hijau dan dilengkapi dengan pemanis dari stevia merupakan jawapan kepada penawar diabetes. Pengambilan GC Tea yang konsisten dapat membantu pesakit diabetes untuk mengawal kadar gula dalam darah agar lebih stabil dan di paras yang selamat. 

 
Teh Hijau didalam GC TEA mengandungi jumlah yang tinggi EGCG. Kajian terkini menunjukkan ianya empunyai keupayaan untuk merangsang metabolisma dan pembakaran lemak.



Kandungan GC Tea dan Kebaikannya

1. Green Tea
- Bertindak sebagai anti oksida

2. Daun Stevia
- Pemanis semulajadi untuk mengawal gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas 

3. Daun Gymnema 
- Menghalang Pengaktifan Molekul gula dalam makanan dan menghindarkan ketagihan gula

4. Peppermint 
- Rasa yang menenangkan dan menghilangkan stress

5.Mulberry 
- Menghalang penguraian gula / sukros di dalam usus dan menghalang penyerapan glukosa dalam darah 

6. Rooibos 
- Merangsang Pankreas dan menghasilkan insulin

 

Bagaimana GC Tea Membantu Mengawal Diabetes

1• Teh Hijau - kandungan EGCG di dalam teh hijau menghalang tindakan enzim yg dipanggil alpha-amylase yg memecahkan karbohidrat kepada gula ringkas. Ia juga dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan dan membantu membakar lemak

2 • Daun Stevia - Merupakan pemanis semulajadi, TIADA KALORI, TIADA GULA. Stevia dipercayai dapat mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas. Ia merupakan pemanis terbaik untuk penghidap diabetes

3• Gymnema Sylvestre - Asid Gymnemic menyelaputi reseptor rasa bermula dari mulut sehingga usus seterusnya mencegah penyerapan molekul gula oleh usus. Ia juga menghalang pengaktifan molekul gula di dalam makanan. Keputusannya kita dapat melihat penurunan kadar gula dalam darah. Menghindarkan kepada ketagihan gula

4•  Peppermint - Perasa 'mint' herba untuk menenangkan dan menghilangkan stress

5• Mulberry - Menghalang metabolisme usus disaccharides terutamanya sukrosa dan gula, oleh itu ia menghadkan jumlah glukosa yg memasuki peredaran darah

6•Rooibos - Aspalathin sebatian aktif yg merangsang panktreas beta-sel untuk merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga


 

 

 

 

Kebaikan GC Tea

Adakah GC Tea ini hanya untuk pesakit diabetes sahaja?
TIDAK!!! GC Tea tidak hanya untuk pesakit diabetes sahaja.  Sebaliknya GC Tea ini amat sesuai sebagai minuman harian sekeluarga ke arah hidup yang lebih sihat dan ceria. Kebaikan GC Tea secara umumnya adalah untuk :-
  • Membantu mengawal berat badan
  • Bersifat anti oksidan
  • Membantu mencergaskan tubuh untuk melakukan aktiviti harian
  • Membantu mengawal tekanan darah
  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah - sangat sesuai untuk pesakit diabetes














Sunday, May 29, 2016

RINTANGAN INSULIN

Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin. Ianya adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.






Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!



Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:

Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin.
Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.
Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.




Saturday, May 28, 2016

MEMAHAMI KENCING MANIS, PANKREAS DAN INSULIN




Diabetes atau  kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan di dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan insulin untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang di hasilkan oleh organ yang bernama pankreas.




Pankreas merupakan kelenjar organ yang terletak di bahagian abdomen. Ia adalah sebahagian daripada sistem penghadaman dan menghasilkan enzim dan hormon yang penting dalam membantu menghadamkan makanan. Pankreas mempunyai fungsi endokrin kerana ia melepaskan jus secara terus ke dalam saluran darah dan ia juga mempunyai fungsi exocrine kerana ia melepaskan jus ke dalam duct.





Enzim atau jus penghadaman yang dihasilkan oleh pankreas dirembeskan ke dalam usus kecil untuk memecahkan makanan selepas ianya meninggalkan perut. Pankreas juga menghasilkan hormon yang dipanggil insulin dan merembeskan insulin ke dalam saluran darah sebagai usaha untuk mengawal kadar glukos atau gula di dalam badan.

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas kita. Insulin lah yang akan menukar glukosa kepada tenaga untuk kegunaan sel-sel badan kita. Glukosa diperolehi daripada karbohidrat dan gula yang kita makan. Dengan adanya insulin, kandungan glukosa di dalam darah dapat dikawal.

Bagi pesakit diabetes, badan mereka tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk menukar glukosa menjadi tenaga. Jadi, lagi banyak karbohidrat dan gula mereka makan, lagi tinggi kandungan glukosa di dalam darah.

Gula dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dengan bantuan hormon insulin. Jika jumlah insulin dalam tubuh tidak mencukupi, atau jika sel-sel tubuh tidak memberikan respons terhadap insulin, maka akan terjadilah penumpukan gula di dalam darah. dan perkara inilah yang sering terjadi kepada pesakit diabetis mellitus.


Acupressure Point Pancreas Point

 






Thursday, May 26, 2016

DIARI KENCING MANIS

1.  Tahun lepas (Mei 2015)  bila buat pemeriksaan kesihatan, paras gula OK lagi. Lebih sikit je. Jadi memang tak beringat sangatlah.  keputusan masa tu adalah seperti berikut. Bandingkan dengan result Mei 2016. Tab banyak berubah kecuali kolestrol yang naik mendadak.



BLOOD TEST MEI 2015 DAN MEI 2016




2. Bulan 2, tahun ni 2016, mulut rasa kering. Minum air banyak pun masih lagi rasa tak sedap mulut dan tekak. Mulanya pergi farmasi, dinasihatkan makan tablet sakit tekak (VITAHERBS) dan pakai lip balm. Takde kurang langsung masalah yang aku alami tu,

Tak lama lepas tu, datang lagi masalah lain. Mulut rasa kelat atau macam pahit2 sikit. Rasa macam busuk tapi tak busuk pun. Rasa ini menyebabkan deria rasa jadi kurang dan tidak dapat menikmati makanan seperti sebelumnya. Akhirnya, badan rasa susut sikit sebab makan pun dah tak bertambah.

Rasa tak sedap mulut ni boleh diatasi lepas minum air sunquick atau air glukos perisa oren.

3. Lepas tu, pergi klinik pulak. Doktor cakap mungkin ada jangkitan kulat. Dia pun beri ubat jangkitan kulat dan suruh selalu berkumur dengan listerin.Pil tu makan seminggu sekali je. Dah 2 bulan makan, adala sikit2 bertambah deria rasa tu, Dahla boleh makan banyak sikit tapi masih tak sama seperti normal.


4. Awal bulan 4, tiba-tiba mata rasa silau, bengkak macam tak puas tidur. Terpaksa pakai cermin mata orang tua untuk baca.Mula-mula pergi farmasi nak cari supplement tapi tak jadi beli. Beli cermin mata RM10, Eyedrop dan Eyemore je.  Tak lama lepas tu baru beli supplenmet BIo-Vizmax.

5.  Sejak 2 bulan lalu (Mac 2016), aku perasan badan makin susut. Sampai kena tebuk lubang tali pinggang yang baru. Mula-mula cek berat 72-73kg dari kebiasannya 78-81kg).

Disebabkan masalah bajet, takut nak jumpa doktor untuk mengadu masalah yang di alami. Akhirnya pada hari cuti 1.5.2016 pergi juga ke klinik untuk buat pemeriksaan kesihaatn atau blood test. Dah puasa dah ni tapi klinik tak terima ambil darah hari tu sebab lab tutup.

Asalnya dah nak balik tapi rasa macam nak jumpa doktor jugalah walau tak buat blood test. Cakap kat dia mata kurang nampak dan badan makin susut.

Perkataan pertama yang dia cakap ialah "You ada buat glucose test tak". Tak ada. Tapi tahun lepas normal lagi. Dia pun cek....tengok-tengok kadar bacaan gula 18. Tinggi ni dia cakap. Kena makan ubat. Jadi terpaksalah terima hakikat ini. Ada 2 ubat dia bagi. Mahal juga RM75.




6. Selepas tu beli pulak alat cek gula ni.





Keputusannya dalam 2 minggu adalah seperti di bawah,