Search This Blog

Saturday, October 24, 2015

Diari Sciatica: Akupuntur

Apa aku nak cerita ni ye.







Hari ni, Sabtu 24.10.2015, aku telah pergi ke Pusat Akupuntur setelah makan ubat (voren) pun tak hilang-hilang lagi sakit. Baru beli 2 minggu lepas, dah nak abis. Kesan dia boleh la kata dapat hilangkan 90% sakit. Tapi lambat. Makan pukul 12, 3 atau 4 jam masih sakit lagi. Lepas tu baru lah hilang sakit sehingga 5-10 jam bergantung kepada cara tidur, duduk lama depan pc ke tidak, main badminton atau jogging ke tidak. Biasa kalau duduk lama depan pc, kaki akan sakit semula terutama di bahagian betis. Kalau sakit pinggang boleh tidur lagi, tapi kalau dah sampai betis memang susah nak tidur la, kena jalan2 dulu 10 minit, kena betulkan urat.


Sebelum rawatan, tabib cek darah aku dulu. Aaah sudah, memang tinggi dari biasa. Athula aku ada darah tinggi dan tak jaga makan,  Abis 30 minit dengar dia ceramah pasal darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung. Lepas tu dia mula dengan buat check. angkat kaki. Dia cakap pinggang belah kiri ada masalah.


Dia mula rawatan pertama dengan gosok minyak panas dekat pinggang. Dalam hati, aku bukan sakit kat situ oooii. Tapi kat peha, pinggul dan lutut. Dia cakap yang tu akan buat akupuntur nanti. Dia nak betulkan pinggang dulu. Ada la dalam 10 minit dia gosok dan urut sikit-sikit.


Lepas tu, dia buat rawatan kedua iaitu membetulkan tulang belakang dan pinggang. Kira macam kiropraktik la. Ada macam thai massage yang boleh berbunyi prak-prak tu ada juga. Tak lama dia buat dalam 5 minit je. Kalau ikutkan ada bnyak lagi kena buat, tapi dia tak buat sebab aku ada darah tinggi.


Lepas tu, baru dia masukkan jarum akupuntur di pinggul, peha, lutut, betis dan sekeliling buku lali. Macam gam,bar di bawah ni.









 Ni nama tabib yang rawat aku tu. Lepas rawatan, masih lagi sakit dan biasa-bisa badan. mungkin hilang 10% je. 1 jam lepas tu barulah hilang sakit 90%. Macam kesan makan ubat tahan sakit tu. Harap- harap esok pun masih tak sakit macam malam ni.


Memang susah nak cari tukang urut yang boleh hilangkan sakit ni. Biasa lepas urut makin bertembah sakit. Baru 2 minggu lepas terjumpa di internet abg mar azhar . Dia datang ke rumah untuk urut, Dia mula urut sebelah kiri dulu dimulai dengan bahagian betis, kemudian paha dan seterusnya pinggang dan belakang badan. Lepas tu baru dia urut sebelah kanan. Memang tak sakit langsung masa dia urut tu.




Alhamdulillah, boleh hilang sakit 90%. Masa tu aku terus nak update blog nak rekomenkan dia tapi tunggu dulula. Esoknya, sakit ku datang lagi...last-last tak jadi niat tadi. Memang aku tahu tahu sakit sciatica/ sindrom piriformis ni susah nak baik. Hanya yang konsisten buat senaman tertentu yang makan supplement atau jaga makan je yang boleh sembuh. Tu pun  makan masa yang lama.


 Tabib tu pesan tadi, sakit ni tak boleh urut sebab melibatkan saraf. Dia cakap ada 3 pilihan je

1, Akupuntur
2. Makan ubat tahan sakit (tak tahan lama) atau suntik kat pinggang atau bahagia yang sakit (boleh tahan sehingga seminggu)
3, Bedah. Buang otot yang tersepit tu (kalau libatkan otot) atau operasi lain jika libatkan tulang belakang atau sendi



Dia sempat juga ajar buat senaman sikit-sikit tadi. LAgi apa dia pesan ye
1. Jangan main badminton atau jogging dulu
2. Buat senaman perlahan-lahan
3. Beli daun sup. Blender atau letak dalam air panas. kemudian minum air tu. lagi bagus kalau campur dengan belimbing (ni untuk turunkan darah)
4. jangan makan masin
5. jangan makan yang bergoreng (lebih baik rebus)


Harap esok lusa masih rasa tak sakit macam ni. Tabib pesan datang lagi dalam 3 atau 4 hari. Dia bagi pil 4 biji tadi. Semua kos adakah RM120. Kalau buat akupuntur saja, bayar RM50 sahaja tanpa betulkan badan dan ubat.

7 comments:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tahu, kat mana klinik tabik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaiumusalam. Kat masai, pasir gudang. Jalan stesen bas masai

      Delete
  2. assalam.dah elok ke sakit nye?sy pun kene dah 4 bulan masih xbaik.senaman n ubat dah ambil tp masih same

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada masalah yg sama...puas berubat,tp hasilnya tetap sama...

      Delete
  3. tak sakit sangat. macam kena gigit semut. sakitnya tak sampai 1 saat


    kalau nak belajar

    https://www.facebook.com/nurasnawati.mohdrafii/videos/436373773800801/

    ReplyDelete
  4. Boleh tinggalkan no hp...sy ingin hubungi tuan..nak bertanya tntg rawatan sciatica.t.kasih

    ReplyDelete