Search This Blog

Saturday, December 19, 2015

Sindrom Piriformis dan Sciatica Pulih 98%



1) Akupuntur (Acupuncture Stimulator)


 

Alhamdulillah, sakit semakin berkurangan sejak rawatan akupuntur yang lebih kuat. Sebelum ni Tabib akupuntur tu tak buat kuat-kuat sebab aku ada darah tinggi. Last-last dia cakap awak ni memang macam ni, susah nak turun sebab keturunan. Hairan juga dia sebab setiap kali datang mesti lebih 150/110 tetapi lepas rawatan dah turun kepada 130/90.

Biasanya selepas rawatan sakit akan berkurangan sehingga 80% -90% (maksudnya masih ada rasa sakit sikit, tapi tak menggangu sangat). Tapi kelegaan ni sekejap sahaja. Lepas bangun tidur pagi esoknya, sakit akan datang lagi. Jadi selalu kena buat senaman Mckenzie bagi mengurangkan rasa sakit.

Rasanya dah lebih 10 kali buat rawatan dengan Tabib ni. Ada yang hilang terus sakit, ada yang hilang sikit-sikit je bergantung kepada point mana yang dia cucuk atau berapa kuat stimulator tu. Tapi ada 2 kali dia buat tak pakai mesin tapi dia cucuk jarum tu lebih dalam. Rasanya itu lagi berkesan dari guna mesin stimulator tu. Aku malas nak cakap banyak, dia tahu la kerja dia.


2) Ubat Tahan Sakit
Kalau ikutkan boleh je makan ubat tahan sakit seperti Voren dan Clonefac dan boleh tahan sakit sehingga lebih 24 jam. Kalau Voren, tindakbalas dia lambat sikit. Contoh kalau makan pil pukul 4 petang, 4 jam kemudian baru hilang rasa sakit 99% dan boleh tahan sehingga  8-24 jam.



Kalau Clonefac 100mg pula, cepat sikit hilang rasa sakit dan tahan lebih lama.

 

Sebenarnya aku jarang makan ubat tahan sakit ni kecuali tak tahan sangat atau ada urusan penting je. Sebab tu lah rela pergi buat rawatan akupuntur sebab takut bagi kesan pada buah pinggang nanti.


3. Gel Amani




Rasannya Gel Amani ni ada juga membantu dalam penyembuhan sindrom piriformis dan sciatica yang dialami. Ada rasa perbezaan sebelum dan selepas guna gel amani ni. Gel ni taklah hilangkan terus sakit tapi boleh kurangkan rasa sakit. Rasa macam sakit tu kena bius sikit-sikit.

Tapi yang hairannya, apabila serangan nyeri tu datang, ia menyebabkan tubuh jadi lemah, letih lesu. Rasa macam nak makan panadol, bukan pasal sakit sciatica tapi sebab tubuh jadi lemah. Sakit tu taklah sekuat sebelum pakai gel amani, tapi dah menyerang seluruh tubuh pula. Tak tahu la samada ianya tindakbalas positif atau negatif.

Dah tak tahan sangat sebab lemah badan, kena pilih nak makan panadol (ubat demam) atau ubat tahan sakit (voren/ clofenac). Rasanya dah dua kali aku makan voren untuk hilangkan lemah badan tu. Dan, memang betul, lepas makan ubat tahan sakit tu, badan dah rasa segar semula.

Kelemahan aku ialah tak konsisten pakai gel ni. Pakai bila rasa sakit atau masa teringat nak sapu. Leceh sikit sebab kena sapu bahagian pinggang, punggung, pangkal paha dan kena biar kering selama 10 minit. Biasa lepas 5 minit baru ada rasa kesan berangin dan menyegarkan.

Ni pun tinggal sikit je sebab banyak sangat bahagian nak kena sapu. Harga mahal (RM115), tapi taklah berkira sangat bila dah sakit ni. Rasanya dah 3 minggu dah guna ni, dah nak habis.


4) Suntikan Radiofrequensi Dr Nizar
Dah lama follow pasal Dr Nizar yang dikatakan pakar dalam bidang yang aku sakit ni terutama berkaitan dengan rawatan radio frequensi (rf).




 
Prosedur suntikan radio frekuensi menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Jarum disuntik pada tempat yang sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit. Ia tidak ubah seperti akupunktur tapi lebih sofistikated.



Suntikan biasanya dilakukan dengan kawalan X-ray supaya tepat dan selamat. Kemudian jarum ini disambung pada wayar elektrik yang dijanakan oleh mesin radiofrekuensi. Mesin ini berfungsi untuk menyalurkan haba pada hujung jarum tersebut.

Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan. Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset, cakera atau mana-mana tempat yang sakit. . Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. 

Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik.Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Kaedah ini akan menjana haba antara 60 hingga 80 Celsius pada hujung jarum dalam masa satu minit yang bertujuan untuk ‘melemahkan’ dan seterusnya mengganggu fungsi saraf tersebut.

Dalam kes tertentu haba yang digunakan cuma 42 Celsius. Kaedah ini dinamakan Pulse Radiofrekuensi. Jadi tidak akan berlaku kerosakan fizikal pada saraf dirawat. Saraf akan berfungsi seperti biasa, hanya rasa sakit yang disekat.

Perancangannya nak pergilah ke Kota Bharu untuk buat rawatan ni. Kos rawatan dianggarkan antara RM5000-RM15000. Tu yang buat perancangan tu terbantut sikit. Takkan nak guna kad kredit lagi.

Rasanya kalau sakit ni tak sembuh lagi, pergi juga kot. Tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah, sakit ni hilang 99%  selepas urut dengan makcik Jah, seorang tukang urut bersalin.


5. Stokin Vken

Balik ke kampung, mak suruh cuba pakai stoking ni. Sempat pakai 3 malam sebelum pergi urut. Rasanya stoking ni pun dan gel amani banyak bantu pulihkan sakit aku, Sebab tulah masa urut tu senang sikit dibandingkan dengan masa yang pergi dulu.



3 Fungsi Utama Produk V-ken:

  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Memberi oksijan dalam darah.
  • Memberi tenaga kepada tubuh badan secara berterusan
Di dalam stokin mengandungi 5 bahan iaitu Laha Gunung Berapi, Titanium, Arang Batu Putih, Sinar Inframerah Jauh (SIJ) dan Ion Negatif .


1) Lahar gunung berapi : Mencairkan darah pekat, membakar kolestrol dalam darah dan sisa makanan yg tidak dihadamkan bertahun lamanya didalam darah dalam masa yg sama memberi oksigen dalam darah.


 2) Titanium: Mengaktifkan sel-sel lemah dalam badan disebabkan radiasi yg tidak patut ada dalam badan contoh radiasi telefon . Dengan ada nya titanium ini memberi tenaga kepada pesakit


3) Arang batu putih: Sebagai ejen anti-pereputan dan menyah bau kaki (fungsi sama seperti dutox yg tampal di telapak kaki).


4) Sinar Inframerah Jauh (SIJ): Melegakan tisu lembut yang rosak dengan meningkatkan peredaran Mikro Darah di dalam badan.


5) Ion Negatif menguraikan sel-sel yang berkelompok dengan memberi tenaga kepada sel-sel darah tersebut. Oleh itu sel-sel darah dapat membawa lebih banyak oksijen dan nutrien kepada tisu-tisu yang rosak, tidak sihat dan juga ke keseluruhan badan.
  



6. Urut Tradisional- sembuh 99% sakit





Sakit ni yang asalnya rasa sakit bila bersin saja telah bertambah teruk disebabkan urutan badan. Memang sedap bila diurut tempat yang sakit terutama dibahagian pinggul, punggung dan pangkal peha. Tapi leganya hanya seketika. Lepas 2-3 hari sakitnya akan bertambah dan terpaksa makan ubat tahan sakit untuk hilangkannya.

Sebab tulah rasa serik nak buat rawatan urutan badan lagi. Takut makin teruk. Urut kaki atau refleksologi juga dah laam tak buat sebab tak boleh duduk belunjur lama-lama. Mesti pinggang atau sakit sciatica datang menyerang.


Jadi rawatan utama selama 3 bulan terakhir ni ialah senaman mckenzie, ubat tahan sakit dan akupuntur sahaja.


Kali pertama jumpa kak jah dulu, dia cakap nak patah tangan dia urut aku sebab keras sangat otot. Jadi dah lama tak pergi sehinggalah baru-baru ni,

Pergi dua orang dengan adik. Adik kena urut dulu. Dia sakit bahu.
Mula-mula dia suruh aku duduk bersila. Nampak urat tulang belakang sebelah kiri tu timbul. Memang rasa tak balance kiri kanan. Rasa macam bengkak. Dia pun urut perlahan-lahan bahagian pinggang dan punggung sebeblah kiri. Baru rasa urat tadi kendur sikit.

Masa tu aku boleh angkat kaki dalam 10°-15° je. Dia pun suruh aku meniarap. Paling sedap urut dekat pangkal peha belakang. Memang keras sangat. Selepas tu makin bawah.

Tempat paling sakit bila diurut ialah dibawah lutut. Dia kata sini banyak urat tersimpul yang menyebabkan aku tak boleh angkat kaki tinggi-tinggi. Yang hairannya kawasan ni tak sakit pada masa biasa. Bila dia urut je rasa amat sakit melebihi kawasan yang aku biasa sakit seperti pinggang kiri dan tepi pinggul kiri.







 


Lepas tu,  paling best kena urut bahagian bawah betis dan buku lali. Hilang lenguh-lenguh satu badan. Akhir sekali dia cuba angkat kaki sehingga 70°-80°dan urut bahagian bawah  pangkal peha. Takpelah tak boleh angkat sehingga 90° pun. Dah banyak sangat dah sakit hilang. Alhamdulillah. Malam ni pergi lagi sekali lepas dah 5 hari lepas. Harap dapat pulih 100%, insyaAllah.
Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum ke dalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan sinar-X. Arus elektrik radiofrekuensi pula akan disalur kedua-dua jarum berkenaan yang bertujuan meningkatkan suhu panas di tengah cakera. Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf di dalam cakera. Apabila saraf ini rosak, isyarat rasa sakit dari cakera ini dapat dihentikan. Struktur cakera dan fungsinya pula dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum ke dalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan sinar-X. Arus elektrik radiofrekuensi pula akan disalur kedua-dua jarum berkenaan yang bertujuan meningkatkan suhu panas di tengah cakera. Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf di dalam cakera. Apabila saraf ini rosak, isyarat rasa sakit dari cakera ini dapat dihentikan. Struktur cakera dan fungsinya pula dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, October 24, 2015

Diari Sciatica: Akupuntur

Apa aku nak cerita ni ye.







Hari ni, Sabtu 24.10.2015, aku telah pergi ke Pusat Akupuntur setelah makan ubat (voren) pun tak hilang-hilang lagi sakit. Baru beli 2 minggu lepas, dah nak abis. Kesan dia boleh la kata dapat hilangkan 90% sakit. Tapi lambat. Makan pukul 12, 3 atau 4 jam masih sakit lagi. Lepas tu baru lah hilang sakit sehingga 5-10 jam bergantung kepada cara tidur, duduk lama depan pc ke tidak, main badminton atau jogging ke tidak. Biasa kalau duduk lama depan pc, kaki akan sakit semula terutama di bahagian betis. Kalau sakit pinggang boleh tidur lagi, tapi kalau dah sampai betis memang susah nak tidur la, kena jalan2 dulu 10 minit, kena betulkan urat.


Sebelum rawatan, tabib cek darah aku dulu. Aaah sudah, memang tinggi dari biasa. Athula aku ada darah tinggi dan tak jaga makan,  Abis 30 minit dengar dia ceramah pasal darah tinggi, angin ahmar, sakit jantung. Lepas tu dia mula dengan buat check. angkat kaki. Dia cakap pinggang belah kiri ada masalah.


Dia mula rawatan pertama dengan gosok minyak panas dekat pinggang. Dalam hati, aku bukan sakit kat situ oooii. Tapi kat peha, pinggul dan lutut. Dia cakap yang tu akan buat akupuntur nanti. Dia nak betulkan pinggang dulu. Ada la dalam 10 minit dia gosok dan urut sikit-sikit.


Lepas tu, dia buat rawatan kedua iaitu membetulkan tulang belakang dan pinggang. Kira macam kiropraktik la. Ada macam thai massage yang boleh berbunyi prak-prak tu ada juga. Tak lama dia buat dalam 5 minit je. Kalau ikutkan ada bnyak lagi kena buat, tapi dia tak buat sebab aku ada darah tinggi.


Lepas tu, baru dia masukkan jarum akupuntur di pinggul, peha, lutut, betis dan sekeliling buku lali. Macam gam,bar di bawah ni.









 Ni nama tabib yang rawat aku tu. Lepas rawatan, masih lagi sakit dan biasa-bisa badan. mungkin hilang 10% je. 1 jam lepas tu barulah hilang sakit 90%. Macam kesan makan ubat tahan sakit tu. Harap- harap esok pun masih tak sakit macam malam ni.


Memang susah nak cari tukang urut yang boleh hilangkan sakit ni. Biasa lepas urut makin bertembah sakit. Baru 2 minggu lepas terjumpa di internet abg mar azhar . Dia datang ke rumah untuk urut, Dia mula urut sebelah kiri dulu dimulai dengan bahagian betis, kemudian paha dan seterusnya pinggang dan belakang badan. Lepas tu baru dia urut sebelah kanan. Memang tak sakit langsung masa dia urut tu.




Alhamdulillah, boleh hilang sakit 90%. Masa tu aku terus nak update blog nak rekomenkan dia tapi tunggu dulula. Esoknya, sakit ku datang lagi...last-last tak jadi niat tadi. Memang aku tahu tahu sakit sciatica/ sindrom piriformis ni susah nak baik. Hanya yang konsisten buat senaman tertentu yang makan supplement atau jaga makan je yang boleh sembuh. Tu pun  makan masa yang lama.


 Tabib tu pesan tadi, sakit ni tak boleh urut sebab melibatkan saraf. Dia cakap ada 3 pilihan je

1, Akupuntur
2. Makan ubat tahan sakit (tak tahan lama) atau suntik kat pinggang atau bahagia yang sakit (boleh tahan sehingga seminggu)
3, Bedah. Buang otot yang tersepit tu (kalau libatkan otot) atau operasi lain jika libatkan tulang belakang atau sendi



Dia sempat juga ajar buat senaman sikit-sikit tadi. LAgi apa dia pesan ye
1. Jangan main badminton atau jogging dulu
2. Buat senaman perlahan-lahan
3. Beli daun sup. Blender atau letak dalam air panas. kemudian minum air tu. lagi bagus kalau campur dengan belimbing (ni untuk turunkan darah)
4. jangan makan masin
5. jangan makan yang bergoreng (lebih baik rebus)


Harap esok lusa masih rasa tak sakit macam ni. Tabib pesan datang lagi dalam 3 atau 4 hari. Dia bagi pil 4 biji tadi. Semua kos adakah RM120. Kalau buat akupuntur saja, bayar RM50 sahaja tanpa betulkan badan dan ubat.

Saturday, October 10, 2015

SCIAITICA DAN SINDROM PIRIFORMIS: APA AKU DAH BUAT

Apabila sakit semakin teruk seminggu dua ni, baru la rajin nak google punca penyakit. Mula- mula terjumpalah sakit yang dialami ini berkaitan dengan saraf sciatica. Sakit Sicatica ni pula disebabkan oleh herniated disk atau piriformis syndrome. Lepas tu baru tahu beza antara sakit Sciatica dan Sindrom Priformis. Masalah sindrom piriformis terjadi apabila otot piriformis yang terletak di punggung bersentuh dengan saraf sciatica yang menyebabkan sakit di bahagian punggung dan juga di keseluruhan saraf sciatica.

Apa yang aku dah buat
1. Yang paling banyak ialah downlod video mengenai Sciatica dan Piriformis terutama berkaitan dengan exercise dan strech.

2. Cuba praktikkan senaman yang sesuai

     Tiga enaman yang paling biasa dibuat





Senaman di atas dapatlah sikit-sikit kurangkan sakit dari peha ke betis tetapi tidak hilangkan langsung sakit di tepi pinggang, Selain tu, senaman macam ni juga biasa aku buat.












Sebenarnya senaman yang berkesan untuk piriformis adalah seperti dibawah






Ni semua aku memang malas nak buat. Sebab sakit yang amat bila silang je kaki, tu belum tarik lagi tu. Bila la aku nak buat senaman ni.




3. Makan ubat dan Supplement

1)


NJ-FLEX® IS IDEAL FOR:
- Athletes
- Overweight
- Exercise regularly
- Joint pain (especially knee pain, shoulder pain, pelvic pain and etc)
- Diabetics suffer from joint and nerve pain
- Back pain and strain
- Sciatica refers to pain that begins in the hip and buttocks and continues all the way down the leg



Kalsium & Magnesium diperkaya dengan Zinc & Vitamin D3 untuk kesan synergy dan meningkatkan penyerapan. Membantu memelihara tulang yang kuat dan sokongan fungsi saraf yang baik.

Tuesday, October 6, 2015

Artikel Best Mengenai Sciatica dan Piriformis Syndrome

http://www.spinaldecompressionmissouri.com/blog/archives/01-2012

















The Piriformis Muscle (piriformis means “pear shaped“) is a tiny muscle located deep in the buttocks, underneath the gluteal (butt) muscles.  This little muscle is the most well-known of a group of muscles known as the “Hip Rotator Cuff” and is frequently the source of pain in the butt and associated Sciatica.  I have had several people come to me for Spinal Decompression Therapy that actually had Piriformis Syndrome.  Yes, we saved them a lot of time, grief, and money.  Spinal Decompression Therapy does not help Piriformis Syndrome!

Piriformis Syndrome is a miserable condition in which the Piriformis Muscle becomes overly tight.  Although there are almost always underlying biomechanical issues to deal with (bow legged or knock knees, high / low arches, a history of PULLED MUSCLES around the pelvis, etc) this pathological tightness of the Piriformis is usually the result of FASCIAL ADHESIONS or TENDINOSIS

Piriformis Syndrome can be aggravated by bending, lifting, sitting, sports, and even driving (foot on the gas pedal).  Contrary to what your M.D. might tell you, there are no drugs or surgery that are effective for treating Piriformis Syndrome. I will warn you, in 20 plus years of practice I have never one time seen a person whose Piriformis Release Surgery actually worked.

Piriformis Syndrome is an extremely common condition, and is far more likely to be found in women than men (about 12-15 times more often).  Although I can only speculate on the reason for this, I suspect that it is a child-bearing issue. It probably also has to do with the naturally wider shape of a woman’s pelvis. This is the most likely explanation for my finding it much more frequently in women than men — even in women who have not had children. 



PIRIFORMIS SYNDROME CAUSES SCIATICA
As I stated earlier, Piriformis Syndrome is a major cause of sciatica (leg pain, numbness, tingling, or weakness, in any combination), hip pain, and buttock pain.  Because sciatica is so often involved, the problem is often misdiagnosed as a HERNIATED DISC, DEGENERATIVE DISC, or sacroilliac problem (sometimes chronic sacroilliac problems are related to problems in the Piriformis Muscle).

The SCIATIC NERVE is both the largest and longest nerve in the body, and at its largest point is about the thickness of one’s thumb.  The sciatic nerve originates in the low back (lumbar spine region) and angles toward the middle of the buttock.  It then extends down through the leg, passing just underneath the piriformis muscle.  Be aware that in as much as half the population, the sciatic nerve travels through the Piriformis Muscle, passes over the Piriformis Muscle, or splits in two and passes directly around the Piriformis Muscle. 

Be aware that much of what is called Piriformis Syndrome is actually a Piriformis Tendinopathy. See our TENDINOSIS PAGE for more information.   Usually this pain will be worse at the hip joint itself (lower, outer buttock region).

The symptoms of Piriformis Syndrome usually begin as a deep aching in what women like to refer to as their “hip” area.  This pain will be found along an imaginary line that runs from the very tip top of the butt crack, to the greater trochanter of the hip bone (the bony knob on the upper and portion of the outer or lateral thigh).








Thursday, October 1, 2015

Sakit Saraf Sciatica 1 (urat di antara pinggul dan paha)




1. Dah lapan bulan baru tahu ada masalah sakit saraf sciatica. Dah macam-macam ubat aku cuba. Boleh hilang sakit sekejap tapi lain kali buat hal lagi. 

Dulu aku paling takut dengan bersin, sebab masa bersin tu lah rasa sakit akan bertambah dan menjalar ke seluruh bahagian paha dan betis dan seterusnya ke pinggang. Sekarang ni, bersin dan resdung dah ok sikit sejak makan ubat resdung secara berterusan. 

1 atau 2 hari tak makan, memang pagi-pagi bersin tak berhentilah. Kena cari ubat selsema yang paling power plak. sambung kisah sciatica.









2.  Maksud Sciatica 
Secara umumnya sciatica adalah rasa sakit, lemah, lali, rasa tegang/cekang atau berdenyut denyut di bahagian belakang kaki, termasuk di belakang peha dan betis. 

Ia disebabkan oleh kecederaan atau saraf sciatica yang tertekan atau rosak. 

Saraf ini memanjang bermula dari korda spina (terbit dari tulang vertebra lumbar) turun hingga ke bahagian belakang betis. 

Saraf ini mengawal otot-otot di bahagian belakang lutut dan betis, dan kesan sakitnya dapat dirasai sehingga ke bahagian belakang peha, bawah betis sehingga ke tapak kaki.

Saraf Sciatic nerve adalah satu urat yang paling besar dan panjang dalam badan kita. Ia terletak di bahagian bawah tulang pinggul hingga ke bawah peha. Ia dilindungi oleh otot yang menggerakkan tulang peha.

Fungsinya - membolehkan pinggul, peha dan kaki bergerak seiring dan boleh dilentur



3. Sebab Sakit Sciatica












4. Senaman bagi melegakan kesakitan saraf sciatica
Stomach toning exercise
  1. Sila meniarap di atas kawasan rata dan pastikan kepala berada di sebelah kiri atau kanan dan tangan anda di bahagian tepi.
  2. Ketatkan otot perut yang mengelilingi pusat anda.
  3. Tahan selama 5 saat.
  4. Ulang 3 kali.
Gluteals toning exercise
  1. Meniarap di atas kawasan rata dan angkat satu kaki di belakang anda.
  2. Sila angkat lutut anda yang dibengkokkan sedikit dari lantai.
  3. Tahan selama 8 saat secara maksimum.
  4. Ulang 5 kali.
Deep stomach muscle toning exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Turunkan pinggang anda ke arah lantai dengan sedikit.
  3. Kemudian angkat pinggang anda ke atas.
  4. Sambil itu tarik bahagian bawah perut ke bahagian atas.
  5. Ulang 10 kali.
Back stabilizer exercise
  1. Sila melutut dengan meletakkan tangan di atas lantai.
  2. Luruskan belakang anda masih dalam keadaan melutut.
  3. Ketatkan otot perut anda.
  4. Angkat dan luruskan tangan anda selama 10 saat.
  5. Ulang 10 kali bagi setiap tangan.









Video senaman Sciatica





 



 



5 . Ubat untuk Sciatica

1. Ubat anti-inflamasi
Ubat -ubat antiinflamasi non-steroid jadi  seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh melegakan kesakitan dan keradangan, Sedangkan gabapentin dan pregabalin lebih spesifik digunakan pada gangguan syaraf, hanya bisa diperoleh dengan resep dokter.

Ibuprofen tablets can be used to relieve other painful conditions such as headaches, migraine, toothache, nerve pain (neuralgia) and period pain. It is also useful for reducing fever and discomfort associated with colds and flu. Ibuprofen 200mg tablets contains the same active ingredient as Nurofen tablets.
Ibuprofen is used to treat the following symptoms:
  • Backache
  • Dental pain
  • Rheumatic pain
  • Neuralgia
  • Period pains
  • Muscular pain.
  • Migraine
  • Pain of non-serious arthritic conditions
  • Feverishness.
  • Headache
  • Symptoms of colds and influenza.

Naproxen belongs to a group of drugs called Non-Steroidal Anti-Inflammatories (NSAIDs), which are used to reduce the pain and inflammation of joints, muscles and tendons affected by Still’s Disease and similar conditions.  Quite often, they are the first choice of treatment from your GP, particularly if symptoms are mild.


  



2. Sciatica Drop



MODE OF ACTION OF MAIN INGREDIENTS:  
     
Aconitum: Colds caused by dry cold air. Fommications and pains in legs. Paraesthesias especially at night.
Arsenicum album: Burning pain especially at midnight. Ameliorated by warm applications.
Colocynthis: Violent pains that are aggravated by slightest movement, cold or even touch. Cramplike drawing pain along the sciatic nerve.
Gnaphalium polycephalum: Nerve root pain with formications. Ameliorated on sitting.
Magnesium phosphoricum: Nocturnal pain, ameliorated by warm applications and pressure.
  
     
DOSAGE  
     
- In acute cases give initially 8-10 drops in some water every ¼ to ½ hour. When improvement sets in reduce the dosage to 10-15 drops every 1-2 hours





3. Megalive -NJ- Flex








  • HY NJ-Flex®?
  • 1. Effective in treatment of Rheumatoid Arthritis & Osteoarthritis
    Type II collagen treated patients showed better improvement in the treatment of arthritis knee compared to a combination of glucosamine and chondroitin.
  • 2. Hyaluronic Acid is well absorbed orally
    Research has proven the efficacy of Hyaluronic Acid when administered orally.
  • 3. Anti-inflammatory effect last longer than some NSAID drugs
    The anti-inflammatory effect from natural Boswellin persist one month even after intake of NJ-Flex™ is stopped.



  • NJ-FLEX® IS IDEAL FOR:
    - Athletes
    - Overweight
    - Exercise regularly
    - Joint pain (especially knee pain, shoulder pain, pelvic pain and etc)
    - Diabetics suffer from joint and nerve pain
    - Back pain and strain
    - Sciatica refers to pain that begins in the hip and buttocks and continues all the way down the leg



  • 6. Urutan Sciatica



    '





    7. Penggunaan Pek Sejuk dan Panas