Kepentingan dan kelebihan hibah takafu
Kepentingan dan kelebihan hibah takaful :
1 – Selesaikan hutang
Cerita bab hutang nie, zaman sekarang siapa yang tak berhutang? Orang kaya juga berhutang. Bab hutang nie, jangan main-main. Ada kes sampai letak nota di batu nisan nak bagitahu pada waris arwah.
Keutamaan membayar hutang adalah tanggungjawab diri sendiri, waris tidak wajib untuk melunaskan hutang si mati. Saya terbaca post Majlis Agama Islam Selangor, menyatakan hutang tidak akan terhapus sehingga ia diputuskan oleh Allah swt nanti. Walaupon arwah mati syahid. Termenung jap saya, itu yang mati syahid pon hutang kekal sampai kiamat, kita apalah lagi.
“Diampun semua dosa orang yg mati syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (dengan manusia).” (Riwayat Muslim)
Hutang akan diselesaikan terlebih dahulu selepas menolak kos pengurusan jenazah dan diselesaikan hutang sebelum diagihkan kepada waris faraid. Jika harta yang ada boleh selesaikan hutang ok la, tapi lebih baik kekalkan harta tanpa dicairkan.
2 – Pengganti pendapatan
Ini mudah nak explain. Hibah takaful akan jadi pengganti gaji untuk beberapa tahun, jadi waris tak perlu tunggu sehingga selesai pembahagian harta pusaka baru nak dapat bahagiannya. Keadaan sekarang suami-isteri bekerja, biasanya masing-masing akan membantu sama lain. Apa perasaan jika ada bahagian yang tak dapat bayar, tambah perit jika isteri hanya surirumah sepenuh masa.
Jika gaji anda sekarang ada RM5000 sebulan.
Dengan polisi hibah takaful RM200,000.00 maka ia dapat bertahan selama 40 bulan / 3 tahun 4 bulan. Pengiraan nilai hibah takaful ini adalah contoh saja, ia bergantung kepada keperluan individu.
Pada masa ini kita dikejutkan pelbagai isu kematian, ada yang mati sihat, mati muda, mati kemalangan, mati ketika tidur. Terjadi pada kita macam mana?
Semoga kita bertemu Allah dalam keadaan baik tanpa menyusahkan waris yang ditinggalkan.
3 – Penerima mutlak
Berdasarkan perenggan 2(4), Jadual 10 APKI 2013, para pengendali takaful kini diwajibkan untuk mempamerkan secara ketara dalam borang penamaan bahawa peserta itu boleh:
a) menyerahkan manfaat takaful kepada seorang penama atau menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat; atau
b) menetapkan penama untuk menerima manfaat takaful sebagai seorang wasi.
Sumber:
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
Untuk makluman anda semua, pampasan yang akan diterima oleh penerima hibah takaful ini adalah mutlak miliknya. Berdasarkan Perenggan 13(2), Jadual 10 APKI 2013 menjadikan hibah takaful ini tidak boleh dicabar oleh mana-mana undang bertulis lain. Sebab tu saya kata ia mutlak kepada penerima dengan syarat kematian telah berlaku kepada pemilik polisi. Jika tiba-tiba waris lain berebut dah tak perlu risau.
Walaubagaimanapon, pemilik polisi hibah takaful masih boleh ubah kepada sesiapa yang dia inginkan. Jika yang kawin lebih dari satu, isteri kena semak selalu la. Kot-kot tukar nama orang lain pulak. Haha. Jangan marah, nanti cepat tua. Haha.
4 – Proses tuntutan lebih cepat
Jika nak tunggu proses tuntutan harta selesai biasanya mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun. Sementara menunggu proses selesai, duit dari hibah takaful boleh dapat dituntut dahulu. Biasanya mengambil masa 7 hari – 14 hari, paling lama pon mungkin sebulan saja. Ok la dari nak tunggu semua selesai. Ini juga kenapa saya sarankan hibah takaful sebagai plengkap kepada pengurusan kewangan anda.
5 – Tiada kos guaman
Ini antara faktor penting kenapa hibah takaful penting, untuk pengetahuan jika anda mengambil polisi hibah takaful bernilai RM200,000.00 maka penerima akan menerima RM200,000 juga. Tiada isu kurang, biasanya pihak pengendali akan bagi extra untuk cover kos pengebumian lagi.
6 – Boleh dihibahkan kepada bukan waris faraid
Apabila kita buat perancangan harta kita pon pening jika kita ada anak angkat, jika wasiat hanya tertakluk kepada 1/3 dari keseluruhan harta. Hibah harta pula kena serah semasa hidup dan akan terus jadi milik penerima, kadang kala kita fikir banyak tentang ini. Betulkan? Hibah takaful ini akan diserahkan kepada penerima selepas kematian pemilik polisi, maka ia sedikit sebanyak memudahkan kita untuk merancang harta.
Mudah kata, kepada sesiapa sahaja kita nak hibahkan manfaatnya tiada masalah. Diperenggan dibawah saya nyatakan golongan yang kritikal perlukan hibah takaful.
7 – Akaun tidak dibekukan
Ya, perkara ini amat merisaukan sesiapa sahaja. Mungkin sebelum kematian boleh jer keluarkan duit dengan izin suami. Tiba-tiba kena block memang jadi masalah besar. Lebih kritikal jika isteri surirumah sepenuh masa. Mana nak cari duit?
Seperti yang kita sedia maklum, jika isteri kematian suami. Tak mungkin dengan segera nak uruskan harta pusaka, dengan orang datang ziarah lagi dan nak fikir macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya hibah takaful sebab ia tidak akan dibekukan! Dengan syarat penerima dinyatakan sebagai penerima hibah bukan wasi. Jika tak, sama jugalah, manfaat takaful akan dikira sebagai harta pusaka.
Siapa yang patut buat hibah takaful?
Mereka yang sangat disarankan memiliki hibah takaful ini adalah:
- Mempunyai anak angkat
- Mempunyai para isteri
- Rumah dua nama (dalam geran / join loan)
- Ada anak perempuan saja
- Anak lelaki lebih banyak dari anak perempuan
- Pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat
- Ada anak kurang upaya
- Anak yang masih mempunyai mak dan ayah
- Jemaah haji dan umrah
- Ahli perniagaan
- Tidak mempunyai adik-beradik
- Mualaf yang ingin memberikan kepada ahli keluarga yang belum islam
- Individu yang berkahwin semula
No comments:
Post a Comment