Search This Blog

Thursday, May 25, 2017

MENGENALI AKUPUNTUR

Pengenalan
Akupunktur berasal daripada perkataan latin bermaksud jarum (acus)  dan pungere (cucuk).  Akupuntur ialah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi.

Jangan takut jarum, tak sakit
Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun

Jarum dan Deqi
Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian  untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. 

Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

Diabetes : 2 jarum hendaklah diletakkan di sekitar betis pada titik yang dinamakan Sanjinjio.

Tekanan  Darah Tinggi : Titik Bahui dan Taichong digunakan selama 7 hari berturut-turut. 
                                     Hasilnya tekanan darah dapat diturunkan sebanyak 20-30 unit.

Bahu Atas (Trapizius)

Betis

Sinus/ Resdung

 Rawat penyakit
 Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:

1. Arthritis/sakit pada sendi
2. Sakit belakang/pinggang
3. Salah urat/terseliuh
4. Stroke/Angin Ahmar
5. Darah tinggi dan sakit kepala
6. Diabetes (Kencing manis)
7. Masalah kesuburan dan kehamilan
8. .Tenaga seksual untuklelaki dan wanita
9. Menigkatkan sistem endoktrin tubuh
10. Sinus (resdung)
11.  Dan lain-lain lagi..

Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

1 comment: