Search This Blog

Sunday, October 30, 2016

MEMAHAMI KALORI, BMR @ Basal Metabolic Rate dan Daily Calorie Requirement @ DCR



1. Maksud Kalori
Kalori secara mudahnya adalah nilai atau unit untuk mengukur tenaga. Kalori diperlukan untuk menjana tenaga. TETAPI pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan lebihan kalori itu tidak dibakar untuk menjana tenaga tetapi sebaliknya ianya bertukar menjadi lemak yang disimpan didalam badan dan berkadar langsung dengan pertambahan berat badan.

Kalori datang dari 3 aspek iaitu dari sumber Karbohidrat, Protein dan juga Lemak

2. Pengiraan Kalori
Kiraan dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat                             53g  (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein                                     1g    (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)          16g  (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!



3. Keperluan Kalori sehari
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


  1. Pisang goreng (sekeping)              = 170 kalori
  2. Karipap (sebiji)                            = 130 kalori
  3. Daging lembu kari berkuah (2 )     = 130 kalori
  4. Ayam kari berkuah (sepotong)      = 250 kalori
  5. Ayam goreng (sepotong)               = 255 kalori
  6. Ayam tandoori (sepotong)            = 220 kalori
  7. Telor goreng (sebiji)                      = 110 kalori
  8. Nasi putih (satu setengah cawan)  = 260 kalori
  9. Mee goreng kosong (sepinggan )  = 660 kalori
  10. Mee sup (semangkuk)                  = 380 kalori
  11. Roti putih (2 keping)                     = 156 kalori
  12. Roti canai kosong tanpa kuah       = 200 kalori
  13. Pau ayam (sebiji)                          = 203 kalori


4. BMR @ Basal Metabolic Rate

BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup.BMR adalah berbeza bagi setiap individu ini kerana BMR seseorang bergantung kepada berat,tinggi dan juga umur seseorang .

Basal metabolic rate iaitu 60% daripada jumlah kalori yang diperlukan. Ia adalah asas, kalau pengambilan kalori kurang dari BMR, kesihatan akan terjejas.








 Kira kat sini kira kalori

 5. Daily Calorie Requirement @ DCR

Selepas dapat BMR kita perlu pula cari Daily Calorie Requirement @ DCR.

Beza BMR dan DCR adalah BMR adalah jumlah makanan/kolari yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan berat manakala bagi DCR pula adalah jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari.

Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi dengan unit keaktifan kita.




Sunday, October 2, 2016

SAKIT SARAF KAKI

Rasa sakit serta tidak selesa yang paling biasa dialami kebanyakan orang sebenarnya berpunca daripada saraf yang tidak sihat.




Tinjauan yang dibuat di Lembah Klang pada tahun lalu mendapati seorang daripada dua orang yang berusia 21 tahun ke atas menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf. Separuh daripada responden ada berasa seakan dicucuk jarum di bahagian anggota badan mereka termasuk rasa kebas dan panas. Mereka tidak langsung menyangka mereka mungkin menderita apa yang dipanggil sebagai neuropati iaitu kerosakan saraf,




Gejala kerosakan saraf boleh melibatkan rasa berdenyut-denyut serta kebas kepada rasa sensitif yang melampau kepada sentuhan atau sakit yang mencucuk-cucuk serta sukar berasa panas atau sejuk atau hilang rasa sensasi. Menurut beliau, pesakit neouropati lazimnya mengadu rasa berdenyut-denyut, kebas, rasa sakit atau panas di kaki atau hujung jari. "Sekiranya anda tidak merawat masalah ini, ia mungkin menjadi lebih buruk. Ia akan naik ke kaki atau tangan.




Sesetengah pesakit mengalami kesakitan tanpa sebarang punca yang diketahui. Saraf menghantar isyarat palsu ke otak menunjukkan ada kesakitan tetapi secara realitinya tidak ada apa-apa yang menyebabkan punca kesakitan itu. Kesakitan ini akibat kerosakan kepada saraf dan kerap berlaku




Rawatan penyakit saraf ini bergantung kepada puncanya. Jika puncanya boleh dikenalpasti, bolehlah cuba menangani punca itu.  sekiranya punca utama tidak dapat dikesan atau dirawat, doktor perlu merawat gejala yang ada pada pesakit. 



Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang.



Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.


Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor.


Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.
  
Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar. 


Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis.



Simptom-simptom sakit saraf :
1) Rasa terbakar pada bahagian kaki
2) Rasa seperti terkena kejutan elektrik secara tiba-tiba pada bahagian tangan apabila terlanggar objek keras
3) Rasa sakit seperti dicucuk jarum pada bahagian pinggang
4) Kaki berasa kebas seperti digigit semut
5) Kaki terasa sakit kesan daripada kebas dan sejuk

Pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.


Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah.


Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.


Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.



SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/69060
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm 
http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/masalah-penyakit-saraf