Cerebral palsy (CP) adalah satu penyakit yang memberi kesan
kepada otot, pergerakan, dan kemahiran motor. CP biasanya disebabkan oleh kerosakan
otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran kanak-kanak itu , atau dalam
tempoh 3 hingga 5 tahun pertama kehidupan kanak-kanak.
Cerebral bermaksud sebahagian dalam otak manusia manakala Palsy
bermaksud kelemahan atau masalah menggunakan otot-otot (Winnick, 2005).
Istilah serebrum (Cerebral) merujuk kepada otak manakala
palsi (Palsy) pula bermaksud gangguan
terhadap pergerakan ataupun poster. Orang yang mengalami CP
bermaksud mereka tidak dapat menggunakan sebahagian daripada otot di dalam
badan mereka dalam keadaan normal, akibat kerosakan dalam otak.
Kebiasaannya, kerosakan ini berlaku sebelum, semasa ataupun
selepas kelahiran, disebabkan oleh otak yang tidak berkembang dengan baik ataupun
berlaku perkara yang membawa kepada kerosakan otak yang sedang berkembang
seperti kecederaan ataupun kekurangan oksigen. Pendarahan di dalam otak ataupun
jangkitan menyebabkan berlakunya CP . Ada kalanya kanak-kanak yang
dilahirkan normal tetapi mengalami jangkitan dalam otak ataupun trauma membawa
kepada CP.
Terdapat dua masalah yang menyebabkan kerosakan otak yang
membawa kepada palsi serebrum iaitu:
·
Kegagalan otak untuk berkembang dengan baik.
·
Kerosakan saraf di dalam otak bayi yang sedang
berkembang.
Tahap kerosakan otak biasanya bergantung pada jenis dan masa
kecederaan itu berlaku. Bagi bayi pramatang ataupun dilahirkan tidak cukup
bulan, pendarahan ke dalam otak boleh menyebabkan kerosakan yang teruk. Lagi
lama bayi di dalam kandungan tidak mendapat oksigen, lebih besar peluangnya
untuk mendapat kerosakan dalam tisu otak.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2009), dalam Cerebral
Palsy, Spastik merupakan jenis yang paling banyak bilangannya iaitu hampir 70%
hingga 80%. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan juga mengalami beberapa
masalah lain seperti masalah pergerakkan, masalah kendiri dan juga masalah
pertuturan (Winnick, 2005)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY
0 hingga 10 bulan
Kanak-kanak ini pada
peringkat awalnya sukar
untuk melakukan pergerakan
biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan
sebagainya.
10 hingga 11 bulan
Mula merangkak, tetapi
tidak mahu berjalan
dan mereka biasanya
akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah
bimbang untuk bertapak.
1 hingga 3 tahun
Pada usia 1
tahun kanak-kanak cerebral
palsy ini masih
belum boleh berjalan
kerana anggota tubuh lembik.
UBAT UNTUK CEREBRAL PALSY
Dadah membantu mengawal kekejangan
otot dan sawan.
- Glikopirrolat – mengurangkan meleleh air liur;
- Pamidronat – untuk merawat osteoporosis;
- Dadah, yang boleh digunakan untuk merawat spasticity:
- Botulinicheskiй toksin;
- Baklofen;
- Diazepam;
- Tizanidin.
CEREBRAL PALSY DAN OKU
Cerebral Palsy adalah salah satu kategori OKU di bawah jenis kurang upaya fizikal
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah
mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual
atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat
penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi
tujuan pendaftaran OKU oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat
seperti berikut :
1)Kurang Upaya Pendengaran -
2) Kurang Upaya
Penglihatan
3)Kurang Upaya
Pertuturan
4) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau
tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di
mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia,
paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot .
Contoh ketidakupayaan fizikal:
(a) Limb defects (congenital/acquired),
termasuk kehilangan ibu jari tangan.
(b) Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada
pengembalian fungsi selepas enam bulan]
(c) Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian
fungsi selepas enam bulan]
(d) Traumatic Brain Injury
(e) Kerdil (Achondroplasia) iaitu
(f) Cerebral Palsy
(v) Masalah Pembelajaran
Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti
(Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).
(vi) Kurang Upaya Mental
Organic Mental Disorder yang serius dan kronik,
Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic
Disorder
(vii) Pelbagai
(Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai
lebih daripada satu jenis ketidakupayaan
dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga
enam.