Sejarah
Dah hampir 4 tahun rasanya on-off makan ubat darah tinggi ni. Susah nak
percaya diri ini mengidap penyakit ni kerana tiada simpton yang jelas
seperti rasa stress,migrain dan sakit-sakit lain. Hanya sakit belakang kepala dan lenguh-lenguh tengkuk kadang-kadang.
Tajuk ini sepatutnya SUSAHNYA NAK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI tanpa makan pil darah tinggi dan selalu mendapatkan nasihat doktor dari semasa ke semasa. Tapi takkan jadi panjangla. Masalahnya aku masih lagi mengharapkan bacaan tekanan darah yang normal tanpa mengambil ubat doktor.
Ya, aku berjaya mengekalkan bacaan tekanan darah yang normal (120/80) selama 6 bulan tanpa pil darah tinggi. Tak tahu sebab yang sebenar tapi besar kemungkinan disebabkan penurunan berat badan dari 80kg ke 65-70kg sepanjang tempoh tersebut. Masa tu lidah ada masalah deria rasa dan tidak berselera untuk makan. Memang kena paksakan diri untuk makan. Masa tu makan nasi hanya 5-6 suap saja.
Selepas hari raya aidilfitri tahun ni, masalah deria rasa telah pulih dan berat pun naik balik kepada 75-80kg. Usaha aku untuk mengelakkan dari makan pil darah tinggi nampaknya gagal sedikit. Mulanya hanya naik sikit sahaja iaitu 120/90 tapi lama-lama ianya naik sehingga 160/110.
Alhamdulillah, walaupun diuji dengan pelbagai penyakit seperti resdung, darah tinggi, kecing manis, slip disc, tapi masih lagi boleh bekerja. Hari ini dapat anugerah pekerja "sifar cuti".
Percubaan yang gagal
1. Gym
Mula pergi gym pada ogos 2016. Selepas itu ada promosi keahlian RM300 untuk untuk 8 bulan. Biasanya RM10 untuk sekali masuk walk in. Dah banyak dah untung tu.
Percubaan untuk mengurangkan berat badan tidak berjaya walaupun hampir setiap hari ke gym selama 2 bulan. Padahal habis basah kuyup baju dan seluar selepas 1 jam. Biasanya 30-40 minit berlari atas treadmill atau main basikal dan lagi 30 minit main besi ala amatur (bukan bertujuan nak bina muscle).
Takpela, sangka baik. Walaupun berat badan dan bacaan tekanan darah tidak turun, mungkin ada manfaat lain yang tidak diketahui.
2. Supplement
Baru sebulan minum 1 jus untuk mengurangkan kolestrol tapi tidak nampak langsung kesannya. Takpela, mungkin ada manfaat lain yang kita tidak tahu,
3. Ramuan semulajadi
Boleh rujuk
disini
Ada juga minum air lemon, rebus daun sup, daun saderi dan juga makan bawang putih tapi tak konsisten. Rasanya masa bacaan tekanan darah agak normal sebelum ni, agak konsisten juga minum air lemon.
Minggu lepas masa tekanan darah 160/110 cuba sekali lagi minum rebusan air sup tapi juga gagal turunkan bacaan. Ada lagi buah lemon dan daun saderi tu dalam peti, tak sempat sediakan lagi. Rasa daun saderi lagi sedap dari daun sup.
Kena makan Ubat juga ni
1. Amlodipine
Amlodipine adalah ubat dalam kumpulan yang dikenali sebagai penghalang
saluran kalsium (calcium channel blockers). Amlodipine merehatkan
(melebarkan) saluran darah dan meningkatkan aliran darah.
Amlodipine digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi
atau sakit dada dan keadaan lain yang disebabkan oleh penyakit
jantung koronari.
Ingat lagi mulanya doktor hanya bagi pil 5mg saja tapi tak berkesan. Lepas tu dia tukar kepada 10mg selepas 6 bulan. Sejak itulah aku makan pil ini on-off. Kadang-kadang gi klinik, kadang-kadang beli farmasi atau pau dari mak ayah je.
Bacaan terakhir tadi 140/100, Pagi tadi makan pil last almodipine 10mg. Esok gi klinik lagi
Bacaan Tambahan: Jenis Ubat Darah Tinggi
Ubat-ubatan untuk darah tinggi dibahagikan kepada 8 kelas.
1.Alpha Blocker
Mempunyai fungsi untuk meluaskan saluran darah. Ini akan
melemahkan rintangan dalam arteri yang seterusnya akan merendahkan tekanan
darah.
Contoh ubat-ubatan : Doxazosin, Prazosin, Terasozin.
2. Angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE Inhibitors)
Ubat ini akan menyekat kesan angiotensin (sejenis stimulan di dalam badan ) yang akan
menyempitkan saluran darah terutamanya di bahagian ginjal dan juga seluruh
badan.
Ubat ini akan membantu badan untuk mengurangkan penghasilan angiotensin
seterusnya saluran darah akan tidak menjadi sempit seterusnya merendahkan
tekanan darah.
Contoh ubat di pasaran ialah Captopril, Ramipril, Enalapril,
Lisinopril, Fosinopril.
3.Angtiotension Receptor Blockers (ARB)
Fungsi angiotensin akan disekat oleh ubat ini. Reseptor yang
akan mengikat angiotensin supaya ia boleh berfungsi telah disekat. Angiotensin
tidak dapat diikat, saluran darah tidak akan disempitkan dan kekal dibuka.
Dengan itu, tekanan darah akan diturunkan.
Contoh ubat ialah Losartan, Valsartan, Candesartan, Telmisartan.
4.Beta Blockers
Ubat ini akan menurunkan kadar denyutan jantung, beban kerja
jantung dan jumlah darah yang dipump dari jantung yang seterusnya akan menurunkan tekanan dara.
Contoh ubat: Metoprolol, Propanolol, Acebutolol, Atenolol,
Bisoprolol dan Sotalol.
5. Calcium Channel Blockers
Ubat kelas ini
akan mencegah kalsium untuk masuk ke dalam
sel otot jantung dan arteri. Hal ini demikian kerana kemasukan kalsium
akan
mengakibatkan degupan jantung yang kuat.
Penyekatan kemasukan kalsium
akan membantu sel otot berehat dan membuka salurannya seterusnya
melambatkan kadar
denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Terdapat 3 jenis calcium channel blockers, mereka mempunyai
fungsi yang sama tetapi bertindak dengan jalan yang berbeza.
1.
Dihydropiridine
a. Amlodipine
b. Felodipine
c. Nicardipine
d. Nifedipine
e. Lacidipine
2.
Verapamil
3.
Diltiazem
6. Centrally Acting Drugs
Kumpulan ubat
ini juga dikenali sebagai Peripheral Adrenergic Inhibitors. Ubat ini
jarang digunakan kecuali kes ubat lain tidak berkesan
dan untuk ibu mengandung.
Ubat kelas ini akan mengurangkan tekanan darah
dengan
menyekat sesuatu bahan kimia di otak yang akan memberi isyarat kepada
sel otot
untuk menyempitkan saluran darah. Dengan sekatan itu, tekanan darah
dapat
dikurangkan.
Contoh ubat: Methyldopa, Reserpine, Clonidine.
7. Direct Vasodilators
Kelas ubat ini hanya digunakan untuk kes kecemasan darah
tinggi sahaja. Ubat ini akan secara
langsungnya merehatkan otot di arteri supaya salurannya buka untuk memberi
laluan darah mengalir dengan lancar seterusnya menurunkan tekanan.
Contoh ubat: Hydralizaine, Sodium nitroprusside,
nitroglycerin
8. Diuretics
Ubat kelas ini akan membantu badan mengeluarkan natrium dan
air yang terlebih daripada badan dan membantu mengawal tekanan darah. Ubat
kelas ini selalunya akan digunakaan bergabung dengan terapi tambahan.