Search This Blog

Saturday, December 19, 2015

Sindrom Piriformis dan Sciatica Pulih 98%



1) Akupuntur (Acupuncture Stimulator)


 

Alhamdulillah, sakit semakin berkurangan sejak rawatan akupuntur yang lebih kuat. Sebelum ni Tabib akupuntur tu tak buat kuat-kuat sebab aku ada darah tinggi. Last-last dia cakap awak ni memang macam ni, susah nak turun sebab keturunan. Hairan juga dia sebab setiap kali datang mesti lebih 150/110 tetapi lepas rawatan dah turun kepada 130/90.

Biasanya selepas rawatan sakit akan berkurangan sehingga 80% -90% (maksudnya masih ada rasa sakit sikit, tapi tak menggangu sangat). Tapi kelegaan ni sekejap sahaja. Lepas bangun tidur pagi esoknya, sakit akan datang lagi. Jadi selalu kena buat senaman Mckenzie bagi mengurangkan rasa sakit.

Rasanya dah lebih 10 kali buat rawatan dengan Tabib ni. Ada yang hilang terus sakit, ada yang hilang sikit-sikit je bergantung kepada point mana yang dia cucuk atau berapa kuat stimulator tu. Tapi ada 2 kali dia buat tak pakai mesin tapi dia cucuk jarum tu lebih dalam. Rasanya itu lagi berkesan dari guna mesin stimulator tu. Aku malas nak cakap banyak, dia tahu la kerja dia.


2) Ubat Tahan Sakit
Kalau ikutkan boleh je makan ubat tahan sakit seperti Voren dan Clonefac dan boleh tahan sakit sehingga lebih 24 jam. Kalau Voren, tindakbalas dia lambat sikit. Contoh kalau makan pil pukul 4 petang, 4 jam kemudian baru hilang rasa sakit 99% dan boleh tahan sehingga  8-24 jam.



Kalau Clonefac 100mg pula, cepat sikit hilang rasa sakit dan tahan lebih lama.

 

Sebenarnya aku jarang makan ubat tahan sakit ni kecuali tak tahan sangat atau ada urusan penting je. Sebab tu lah rela pergi buat rawatan akupuntur sebab takut bagi kesan pada buah pinggang nanti.


3. Gel Amani




Rasannya Gel Amani ni ada juga membantu dalam penyembuhan sindrom piriformis dan sciatica yang dialami. Ada rasa perbezaan sebelum dan selepas guna gel amani ni. Gel ni taklah hilangkan terus sakit tapi boleh kurangkan rasa sakit. Rasa macam sakit tu kena bius sikit-sikit.

Tapi yang hairannya, apabila serangan nyeri tu datang, ia menyebabkan tubuh jadi lemah, letih lesu. Rasa macam nak makan panadol, bukan pasal sakit sciatica tapi sebab tubuh jadi lemah. Sakit tu taklah sekuat sebelum pakai gel amani, tapi dah menyerang seluruh tubuh pula. Tak tahu la samada ianya tindakbalas positif atau negatif.

Dah tak tahan sangat sebab lemah badan, kena pilih nak makan panadol (ubat demam) atau ubat tahan sakit (voren/ clofenac). Rasanya dah dua kali aku makan voren untuk hilangkan lemah badan tu. Dan, memang betul, lepas makan ubat tahan sakit tu, badan dah rasa segar semula.

Kelemahan aku ialah tak konsisten pakai gel ni. Pakai bila rasa sakit atau masa teringat nak sapu. Leceh sikit sebab kena sapu bahagian pinggang, punggung, pangkal paha dan kena biar kering selama 10 minit. Biasa lepas 5 minit baru ada rasa kesan berangin dan menyegarkan.

Ni pun tinggal sikit je sebab banyak sangat bahagian nak kena sapu. Harga mahal (RM115), tapi taklah berkira sangat bila dah sakit ni. Rasanya dah 3 minggu dah guna ni, dah nak habis.


4) Suntikan Radiofrequensi Dr Nizar
Dah lama follow pasal Dr Nizar yang dikatakan pakar dalam bidang yang aku sakit ni terutama berkaitan dengan rawatan radio frequensi (rf).




 
Prosedur suntikan radio frekuensi menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi yang disalurkan melalui jarum. Jarum disuntik pada tempat yang sakit atau saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit. Ia tidak ubah seperti akupunktur tapi lebih sofistikated.



Suntikan biasanya dilakukan dengan kawalan X-ray supaya tepat dan selamat. Kemudian jarum ini disambung pada wayar elektrik yang dijanakan oleh mesin radiofrekuensi. Mesin ini berfungsi untuk menyalurkan haba pada hujung jarum tersebut.

Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf yang sakit dengan menghalang transmisi isyarat kesakitan. Suntikan ini berfungsi untuk membantutkan isyarat sakit berpunca daripada sendi faset, cakera atau mana-mana tempat yang sakit. . Jadi pesakit akan berasa lega serta-merta. 

Ia dilakukan dalam dewan bedah di bawah kawalan sinar-X dan mengambil masa antara 40 minit hingga satu jam bergantung kepada sendi yang disuntik.Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Kaedah ini akan menjana haba antara 60 hingga 80 Celsius pada hujung jarum dalam masa satu minit yang bertujuan untuk ‘melemahkan’ dan seterusnya mengganggu fungsi saraf tersebut.

Dalam kes tertentu haba yang digunakan cuma 42 Celsius. Kaedah ini dinamakan Pulse Radiofrekuensi. Jadi tidak akan berlaku kerosakan fizikal pada saraf dirawat. Saraf akan berfungsi seperti biasa, hanya rasa sakit yang disekat.

Perancangannya nak pergilah ke Kota Bharu untuk buat rawatan ni. Kos rawatan dianggarkan antara RM5000-RM15000. Tu yang buat perancangan tu terbantut sikit. Takkan nak guna kad kredit lagi.

Rasanya kalau sakit ni tak sembuh lagi, pergi juga kot. Tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah, sakit ni hilang 99%  selepas urut dengan makcik Jah, seorang tukang urut bersalin.


5. Stokin Vken

Balik ke kampung, mak suruh cuba pakai stoking ni. Sempat pakai 3 malam sebelum pergi urut. Rasanya stoking ni pun dan gel amani banyak bantu pulihkan sakit aku, Sebab tulah masa urut tu senang sikit dibandingkan dengan masa yang pergi dulu.



3 Fungsi Utama Produk V-ken:

  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Memberi oksijan dalam darah.
  • Memberi tenaga kepada tubuh badan secara berterusan
Di dalam stokin mengandungi 5 bahan iaitu Laha Gunung Berapi, Titanium, Arang Batu Putih, Sinar Inframerah Jauh (SIJ) dan Ion Negatif .


1) Lahar gunung berapi : Mencairkan darah pekat, membakar kolestrol dalam darah dan sisa makanan yg tidak dihadamkan bertahun lamanya didalam darah dalam masa yg sama memberi oksigen dalam darah.


 2) Titanium: Mengaktifkan sel-sel lemah dalam badan disebabkan radiasi yg tidak patut ada dalam badan contoh radiasi telefon . Dengan ada nya titanium ini memberi tenaga kepada pesakit


3) Arang batu putih: Sebagai ejen anti-pereputan dan menyah bau kaki (fungsi sama seperti dutox yg tampal di telapak kaki).


4) Sinar Inframerah Jauh (SIJ): Melegakan tisu lembut yang rosak dengan meningkatkan peredaran Mikro Darah di dalam badan.


5) Ion Negatif menguraikan sel-sel yang berkelompok dengan memberi tenaga kepada sel-sel darah tersebut. Oleh itu sel-sel darah dapat membawa lebih banyak oksijen dan nutrien kepada tisu-tisu yang rosak, tidak sihat dan juga ke keseluruhan badan.
  



6. Urut Tradisional- sembuh 99% sakit





Sakit ni yang asalnya rasa sakit bila bersin saja telah bertambah teruk disebabkan urutan badan. Memang sedap bila diurut tempat yang sakit terutama dibahagian pinggul, punggung dan pangkal peha. Tapi leganya hanya seketika. Lepas 2-3 hari sakitnya akan bertambah dan terpaksa makan ubat tahan sakit untuk hilangkannya.

Sebab tulah rasa serik nak buat rawatan urutan badan lagi. Takut makin teruk. Urut kaki atau refleksologi juga dah laam tak buat sebab tak boleh duduk belunjur lama-lama. Mesti pinggang atau sakit sciatica datang menyerang.


Jadi rawatan utama selama 3 bulan terakhir ni ialah senaman mckenzie, ubat tahan sakit dan akupuntur sahaja.


Kali pertama jumpa kak jah dulu, dia cakap nak patah tangan dia urut aku sebab keras sangat otot. Jadi dah lama tak pergi sehinggalah baru-baru ni,

Pergi dua orang dengan adik. Adik kena urut dulu. Dia sakit bahu.
Mula-mula dia suruh aku duduk bersila. Nampak urat tulang belakang sebelah kiri tu timbul. Memang rasa tak balance kiri kanan. Rasa macam bengkak. Dia pun urut perlahan-lahan bahagian pinggang dan punggung sebeblah kiri. Baru rasa urat tadi kendur sikit.

Masa tu aku boleh angkat kaki dalam 10°-15° je. Dia pun suruh aku meniarap. Paling sedap urut dekat pangkal peha belakang. Memang keras sangat. Selepas tu makin bawah.

Tempat paling sakit bila diurut ialah dibawah lutut. Dia kata sini banyak urat tersimpul yang menyebabkan aku tak boleh angkat kaki tinggi-tinggi. Yang hairannya kawasan ni tak sakit pada masa biasa. Bila dia urut je rasa amat sakit melebihi kawasan yang aku biasa sakit seperti pinggang kiri dan tepi pinggul kiri.







 


Lepas tu,  paling best kena urut bahagian bawah betis dan buku lali. Hilang lenguh-lenguh satu badan. Akhir sekali dia cuba angkat kaki sehingga 70°-80°dan urut bahagian bawah  pangkal peha. Takpelah tak boleh angkat sehingga 90° pun. Dah banyak sangat dah sakit hilang. Alhamdulillah. Malam ni pergi lagi sekali lepas dah 5 hari lepas. Harap dapat pulih 100%, insyaAllah.
Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum ke dalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan sinar-X. Arus elektrik radiofrekuensi pula akan disalur kedua-dua jarum berkenaan yang bertujuan meningkatkan suhu panas di tengah cakera. Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf di dalam cakera. Apabila saraf ini rosak, isyarat rasa sakit dari cakera ini dapat dihentikan. Struktur cakera dan fungsinya pula dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Kaedah ini dilakukan dengan menyuntik sepasang jarum ke dalam cakera yang sakit pada kiri dan kanan dengan bantuan sinar-X. Arus elektrik radiofrekuensi pula akan disalur kedua-dua jarum berkenaan yang bertujuan meningkatkan suhu panas di tengah cakera. Suhu panas ini bertujuan melumpuhkan saraf di dalam cakera. Apabila saraf ini rosak, isyarat rasa sakit dari cakera ini dapat dihentikan. Struktur cakera dan fungsinya pula dapat dikekalkan. Kaedah ini mempunyai komplikasi minimum dan keberkesanannya mencapai 60 hingga 80 peratus. Biasanya prosedur ini hanya memerlukan satu atau dua hari.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu