Pemeriksaan kesihatan lengkap termasuk pemeriksaan keatas –
- Tekanan darah (blood
pressure)
- Sistem jantung dan saluran
darah (cardiovascular)
- Sistem paru-paru dan pernafasan
(respiratory)
- Sistem penghadaman dan abdomen (gastrointestinal)
- Pemeriksaan payu dara – untuk
wanita
- Kandungan gula darah (Fasting
blood glucose)
- Kandungan lemak darah (Fasting
blood lipid profile)
- Kandungan hemoglobin dalam
darah
- Fungsi hati (liver
function test)
- Fungsi buah pinggang (renal
function test)
- Kandungan electrolides
- Status vaccination –
i.e. hepatitis B & C
- xray paru-paru (berkemungkinan)
Program Pemeriksaan Eksekutif
di Hospital PUSRAWI
1.
Pemeriksaan Kesihatan & Perundingan Pakar
2.
Indeks Jisim Tubuh
3.
Pemeriksaan Penglihatan
4.
X- ray dada
5.
Lung Function Test
6. Ujian
Darah & Urine
a.
Full blood count
b.
Lipid Profile
c.
Renal Profile ( kidney function )
d.
VDRL Level
e.
Liver Function
Test
f.
Urine FEME
g.
Hepatitis
Screening
h.
Blood group & Rhesus Typing
i.
Microscopic Observation
7. Laporan Perubatan
JUMLAH RM276
Pemeriksaan
Kesihatan Eksekutif Az-Zahrah (AZIM)
Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)
menyediakan pemeriksaan kesihatan yang komprehensif bagi mengesan
simptom-simptom penyakit seperti Daibetes, Darah Tinggi, Denggi, Asma, dan
sebagainya melalui pemeriksaan Jantung, hati, air kencing, badan.
Ujian-ujian yang disediakan ialah:
- Haematologi
- Biokimia Profail
- Diagnostik
- Imunologi & Serologi
- Hormon
- Mikrobiologi
- Air Kencing
PATHLAB GENERAL
HEALTH SCREEN (RM118)
HAEMATOLOGY (ujian darah seperti mengira heamoglobin,
platelet dan kumpulan darah)
1. Erythrocyte Sedimentation Rate
2. Total RBC
3. Haemoglobin
4. Packed Cell Volume
5. MCV
6. MCH
7. MCHC
8. Platelet Count
9. Total White Blood Cell
10. Differential Count
11. Peripheral Blood Film
12. Blood Grouping
RENAL FUNCTION
(kesihatan ginjal/buah pinggang dan untuk
mengesan sakit gout) RM 60.
13. Urea
14. Creatinine
15. Calcium
16. Inorganic Phosphate
17. Uric Acid
18. Sodium
19. Potassium
20. Chloride
21. eGFR (estimated Glomerular Filtration Rate)
DIABETES SCREENING (mengesan gula dalam darah. Mengesan penyakit
kencing manis)
22. Glucose
LIPID PROFILE
( mengesan kolesterol yang baik dan jahat)
23. Total Cholesterol
24. HDL Cholesterol
25. LDL Cholesterol
26. Triglycerides
27. Total / HDL Ratio
LIVER FUNCTION
TESTS
28. Total Protein
29. Albumin
30. Globulin
31. Albumin/Globulin Ratio
32. Total Bilirubin
33. Alkaline Phosphatase
34. SGOT (AST)
35. SGPT (ALT)
TUMOUR MARKER
36. Alpha Fetoprotein
INFECTIOUS
DISEASES
37. VDRL
38. Hepatitis B Antigen
39. Hepatitis B Antibody
THYROID SCREENING (mengesan penyakit tiroid)
40. T4 Concentration
RHEUMATOID
ARTHRITIS SCREENING
41. Rheumatoid Arthritis Factor
URINE EXAMINATION
(mengesan pelbagai kehadiran unsur-unsur
penyakit di dalam air kencing)
42. Urine Appearance
43. Urine Colour
44. Urine pH
45. Urine Protein
46. Urine Glucose
47. Urine Ketone
48. Urine Blood
49. Urine WBC
50. Urine RBC
51. Urine Epithelial cells
52. Urine Crystal
53. Urine Cast
54. sp Gravity
PLUS hs-CRP (heart
disease risk factor)
JENIS PEMERIKSAAN
KESIHATAN
Tekanan darah
Pemeriksaan ini amat mudah dilakukan dan penting.
Maklumat itu penting bagi mengelak penyakit serius seperti ‘angin ahmar’ dan
sakit jantung koronari. Kajian menunjukkan satu bagi setiap lima dewasa iaitu
lebih kurang 50 juta penduduk dunia mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan
pada jantung dan pada jangka masa panjang keadaan ini boleh membahayakan.
Pemeriksaan ini tidak kira peringkat umur, tetapi elok dimulakan pada awal remaja
dengan kekerapan setahun sekali jika dalam keadaan normal atau mengikut arahan
doktor jika tekanan tidak normal.
Pemeriksaan darah
untuk kencing manis/diabetes
Pemeriksaan darah ini perlu dilakukan dalam keadaan
berpuasa. Pemeriksaan ini dikenali sebagai ‘fasting blood sugar.’ Jika
keputusan menunjukkan tahap yang tinggi, doktor akan menasihatkan saudara
menjalani ujian ‘glucose tolerance test’ untuk mengesahkan simptom penyakit
kencing manis. Pemeriksaan ini membabitkan pengambilan darah selepas saudara diberi
minuman bergula. Ia boleh dilakukan pada usia 45 tahun jika saudara tiada
faktor risiko kencing manis seperti berat badan berlebihan atau sejarah
penyakit dalam keluarga. Sekiranya saudara mempunyai berat badan berlebihan dan
sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, saudara perlu
menjalani ujian darah ini lebih awal. Kekerapan menjalani ujian adalah setiap
tiga tahun bagi mereka yang normal.
Ujian paras
kolesterol
Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah
yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah jika di tahap tinggi.
Maklumat tahap kolesterol darah dapat bantu usaha mengetahui tahap kesihatan
jantung dan risiko saudara untuk mendapat penyakit jantung. Ada dua jenis
kolesterol iaitu HDL atau High-density lipoprotein dan LDL atau low density
lipoprotein. HDL adalah kolesterol yang ‘baik’ dan boleh melindungi dari
penyakit jantung sementara LDL pula adalah kolesterol ‘buruk.’ Paras LDL yang
tinggi boleh mengundang risiko penyakit jantung. Ujian ini boleh dilakukan
seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua ke lima tahun sekali
bergantung kepada paras normal. Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang
setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor.
Pemeriksaan mata
Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan buta seperti
glaukoma boleh dicegah dengan pemeriksaan mata secara berkala. Mengikut Akademi
Oftahmologi Amerika Syarikat (AS), ada lebih kurang 43 juta rakyat AS mengalami
masalah mata akibat penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani
pemeriksaan mata secara berkala. Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan
kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61
tahun bergantung kepada saranan doktor. Bagi pesakit diabetes pula, risiko
untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan mereka ini perlu
menjalani pemeriksaan lebih kerap.
Pemeriksaan
Colonoscopy
Kanser kolorektal iatu kanser membabitkan usus besar dan
usus bawah (rectum) sering menyerang lelaki dan ia boleh dirawat sekiranya
dikesan pada peringkat awal. Untuk mengesan pada peringkat awal, seseorang itu
perlu menjalani ujian kolonoskopi. Ujian ini membabitkan alat berupa tiub yang
mempunyai kamera dimasukkan ke dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar.
Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan apa
apa ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan dan di ambil biopsy
sekiranya perlu. Ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun jika tiada faktor risiko
Pemeriksaan kanser
prostat
Pertama menerusi pemeriksaan fizikal di mana doktor
memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang dubur untuk mengetahui sama ada
terdapat bonjolan atas benda keras yang menandakan berlakunya kanser prostat.
Pemeriksaan darah pula dikenali sebagai ujian ‘Prostate Spesific Antigen’
(PSA). Dapatkan nasihat awal doktor sebelum memilih menjalani ujian PSA.
Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 50 tahun tetapi harus dilakukan lima
tahun lebih awal jika ada saudara terdekat seperti ayah, abang atau bapa
saudara yang mengalami kanser ini.
Ujian densiti
tulang
Lelaki juga boleh mengalami masalah pengurangan kekuatan
tulang yang dikenali sebagai ‘osteoporosis.’ Kajian menunjukkan selepas usia 50
tahun, enam peratus lelaki mengalami masalah patah tulang pinggul dan lima
peratus mengalami masalah patah tulang belakang akibat osteoporosis dan
peratusannya meningkat mengikut peningkatan usia. Apabila umur kian meningkat,
bahan mineral seperti kalsium akan mula berkurangan dalam badan. Ditambah
dengan masalah penurunan paras hormon testosteron yang menyebabkan tulang
rapuh. Lelaki 65 tahun sepatutnya sudah pun menjalani ujian ini. Pun begitu,
lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis seperti pesakit yang
mengambil ubat ‘corticosteroid’ atau pernah mengalami patah tulang harus
menjalani ujian ini lebih awal.
Pemeriksaan buah
zakar
Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia
antara 15 hingga 34 tahun. Sekiranya dikesan awal, 90 peratus dari pesakit
kanser buah zakar boleh disembuhkan. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri
dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah
zakar perlu dirasa untuk mengesan bonjolan, kawasan yang menjadi keras atau
pembesaran buah zakar. Jika ada tanda-tanda itu, saudara perlu berjumpa doktor.
Pemeriksaan dilakukan selepas baligh dengan kekerapan setiap bulan.